^_^

Sunday, 21 August 2016

Andai mereka tahu

Seketul daging yang merah itu..
Tidak termampu lagi menahan getaran..
Cuba teguh namun merah darahnya menitis laju..
Cuba diubati namun satu demi satu tusukan bertubi dari segenap sisi..
Cuba merelakan namun jiwa memberontak..
Sakitnya apakah hanya aku yang merasa?
Atau hanya aku yang gila?
Mungkin benar..
Memang yang gila itu aku..
Andai mereka tahu..
Gilanya aku kerana apa..
Andai..
Andai saja mereka tahu..

Terlalu banyak hati yang perlu dijaga..
Hingga hati ini luka bernanah
Dan siapapun tidak endah..

Hanya aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...