^_^

Sunday, 18 October 2015

Dan kesekian kali..

Dan kesekian kali..
Hati ini terusik..
Biarpun puas sudah ku cuba menepis..
Dan setiap kali itu juga ia hadir..

Dan kesekian kali..
Sepi ini terisi..
Biar berkali ku tolak ketepi..
Dan setiap kali itu juga ia tetap disisi..

Dan kesekian kali..
Lara ini diubati..
Lukanya semakin kulupai..
Tapi bimbangku masih tiada bertepi..
Walau ia seolah memberi janji setia berdiri..
Ketakutanku tidak akan pernah terhakis walau dalam mimpi..

Dan kali ini..
ku kebalkan tembok hati ini..
Dan lihat berapa kuat ia mampu meroboh tingginya ego sekeping hati yg mati..

Dia... kamu.. aku..

0 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...