^_^

Sunday, 12 January 2014

Cerita tentang impian, Motivasi buat diri sendiri!


Semua orang ada impian. Semua orang pun ada harapan, ada mimpi dan ada anganan masa depan. Atau sekurang-kurangnya rancangan dalam jangka waktu terdekat. Orang gila saja yang hidup tidak punyai pemikiran untuk masa depannya. Hadap je la apa pun yang akan dan telah terjadi dalam hidup. Hm..

Kita sebagai manusia, memang lazimnya akan merancang. Macam-macam yang kita rancangkan. Macam-macam yang kita usahakan demi untuk menjayakannya. Penentu akhir samada berjalan seperti apa yang kita inginkan adalah Allah jua. 

Dialah sebaik-baik penentu. 




Kita sedih, Kita kecewa. Sebab gagal dapat apa yang kita mahukan. Sebab gagal laksanakan apa yang cuba bayangkan. Kita menangis sebab gagal miliki apa yang kita idamkan. Itu sesuatu yang pasti. Kita hanya manusia biasa. 

Jika semalam kita kecewa kerana usaha yang sia-sia, jangan bimbang. Jika semalam kita sedih kerana semua impian musnah, jangan terlalu berduka. Jika kita hampir gila kerana apa yang dimiliki dan  digenggam jatuh berderai, hilang dan lenyap. Jangan terlalu lama bersedih. Ingatlah bahawa semua itu akan diganti dengan sesuatu yang lebih indah oleh Dia. Bukankah dia sebaik-baik penentu?..

Harapan masih ada untuk yang tidak jemu berusaha. InsyaAllah.. Pujuklah hati supaya usah terlalu kecewa dan bersedih.. 

Dia masih ada..

Thursday, 9 January 2014

Mungkin sebab dia bos!!!

 
Mungkin sebab dia bos,
Semua benda kena rujuk dia dulu..
Dari hal kecik, sampailah isu besar Gua Mulu,
Semua kena pergi report dulu..
Kalau tak report dan dia dah dapat hidu,
Confirm kau akan kena bambu!

Mungkin sebab dia bos,
Cakap dia mengena ikut,
Jangan sesekali arahan tak diturut,
Asik melawan nanti confirm bonus kau sangkut!

Mungkin sebab dia bos,
Masalah personal pun terkadang jadi masalah bersama,
Kekonon biar dia tahu dan punya rasa yang sama,
Tapi harus juga berpada-pada,
Bimbang masalah x settle tapi kisah kau pula yang dijaja!


Haiii..
Kadang jadi bos ni bukan senang,
Apa kau buat tak semua orang akan pandang,
Baik sangat nanti ada orang tak senang,
Tegas  sangat pulak ada orang  cakap kau garang!!

 Apa yang penting,
Even kau bos atau pekerja biasa,
Orang berbudi, kau berbahasa,
Respect to jangan buat-buat lupa,
Jangan ingat kau akan selamanya menongkat dunia,
Kalau harini kau kat atas, esok lusa macammana?
Selamanya ke kau disanjung dipuja?

Kalau  harini kau hanya keje pomen atau pengemas meja,
Esok lusa make sure kau tingkatkan usaha,
Biar tak kaya raya,
Asal hidup hati senang bahagia..

Bos oh bos... ~
Bukan senang jadi bos !!!



Wednesday, 8 January 2014

Berdarah di mana?

Sakit..
Mana darahnya?
Luka..
Mana koyaknya?
Nanah..
Mana bengkaknya?..
Lebam..
Mana kesannya?

Peliknya semua itu wujud walau tak nampak di mata..
Peritnya tetap terasa walau tiada kesan yang nyata..



Sakitnya di hati..
Lukanya di sanubari..
Kerna itu mata realiti tak mampu merealisasi..

Keresahan itu..
Biarpun tidak terlihat titisan darahnya..
Bahangnya tetap terasa..
Perlahan-lahan,
Lopak-lopak luka dalam hati..
Dibiar terawat sendiri..

Kerna tiada lagi penawar..
Yang bisa merawat sembuhnya ia..
Melainkan diri sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...