^_^

Tuesday, 11 March 2014

Trend bertunang ala-ala sanding!


Melayu memang penuh dengan adat. Bila masuk bab nikah kahwin, melayu memang banyak adat yang perlu dituruti. Bak kata pepatah orang dulu, biar mati anak jangan mati adat. Errr.. agak menakutkan di situ.. But it really depends on family juga. 

Selalunya memang start dengan merisik, bertunang then baru nikah dan sanding. Dan aku perasan, lately ni, dah jadi trend orang bertunang punya majlis dah macam kenduri kawen. Serius!.. Fuh. Bayangkan berapa banyak belanja yang nak kena sediakan?.. Family kaya, berada, dan berkemampuan, selalunya akan sponsored by their parents.. Untunglaa.. hahah.. 




Baju bertunang trend sekarang punyala glamour.. Siap dengan pelamin tersergam indah bagai!!... Fulamak... memang meriah!.. Bukan ke sepatutnye tunang tu biar sedara mara terdekat saja yang tahu. Tak perlu dihebohkan satu dunia. Kan?.. ke dah berubah??... errr.. Hm.. Tapi.. seumur hidup sekali kan?.. katanya....

Kadang terfikir juga... orang sekarang ni, kalau tak buat macam tu, nanti dikata orang. Jadi..  haruskah diikut peredaran zaman ini?.. atau cukup seadanya saja??... dalam masa yang sama, boleh jimat jugak kan?..
Fikir2kan...


4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Fazil Hamid said...

kalau berkemampuan apa salahnya..
kalau boleh seumur hidup kahwin ni la sekali..
tetapi jangan sampai berlaku pembaziran..

a i m z said...

bila nak bertunang?? hihi

Aishah Jahirah said...

kalau mampu utk buat besaran xsalah tapi sampai buat loan xmampu bayar tu agak2 jugaklah...pe pun msg2 kan...hihi

Clive Einstein said...

saya bukanlah yang ikut adat sangat, tapi kalau disebabkan adat,perkara perkara yang baik seperti perkahwinan terpaksa ditangguhkan, patutkah adat diteruskan?

tapi mungkin adat itu sendiri tak salah.mungkin generasi kita sekarang yang terlebih-lebih nak show off kat sedara mara betapa meriahnya majlis tunang/kahwin tu nanti.

however,kalau disebabkan nak ikut "upgraded" adat ni, kos yang tak patut menyebabkan kos kahwin sampai 40-50K, xhairanlah yang bujang semakin lama membujang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...