^_^

Sunday, 12 January 2014

Cerita tentang impian, Motivasi buat diri sendiri!


Semua orang ada impian. Semua orang pun ada harapan, ada mimpi dan ada anganan masa depan. Atau sekurang-kurangnya rancangan dalam jangka waktu terdekat. Orang gila saja yang hidup tidak punyai pemikiran untuk masa depannya. Hadap je la apa pun yang akan dan telah terjadi dalam hidup. Hm..

Kita sebagai manusia, memang lazimnya akan merancang. Macam-macam yang kita rancangkan. Macam-macam yang kita usahakan demi untuk menjayakannya. Penentu akhir samada berjalan seperti apa yang kita inginkan adalah Allah jua. 

Dialah sebaik-baik penentu. 




Kita sedih, Kita kecewa. Sebab gagal dapat apa yang kita mahukan. Sebab gagal laksanakan apa yang cuba bayangkan. Kita menangis sebab gagal miliki apa yang kita idamkan. Itu sesuatu yang pasti. Kita hanya manusia biasa. 

Jika semalam kita kecewa kerana usaha yang sia-sia, jangan bimbang. Jika semalam kita sedih kerana semua impian musnah, jangan terlalu berduka. Jika kita hampir gila kerana apa yang dimiliki dan  digenggam jatuh berderai, hilang dan lenyap. Jangan terlalu lama bersedih. Ingatlah bahawa semua itu akan diganti dengan sesuatu yang lebih indah oleh Dia. Bukankah dia sebaik-baik penentu?..

Harapan masih ada untuk yang tidak jemu berusaha. InsyaAllah.. Pujuklah hati supaya usah terlalu kecewa dan bersedih.. 

Dia masih ada..

1 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

yup... betui... kita ada DIA...

la tahzan, innallaha ma'ana ;)

senyum dan terus tersenyum (^___^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...