^_^

Saturday, 23 November 2013

Usah bertanya lagi..

satu soalan..
ada kemungkinan punya banyak jawapan..

satu soalan..
ada kemungkinan punya banyak penemuan..

usah bertanya..
andai jawapan yg bakal diberi itu kau tahu tidak mampu memuaskan hatimu..

usah bertanya..
andai persoalan itu kau tahu akan menyebabkan hati yang kau tanya akan terluka..

usah bertanya..
andai satu jawapan itu..
belum cukup tepat seperti yang kau mahu..

usah bertanya..
jika kau sendiri tak mampu menjawabnya andai soalan yang sama ditanyakan pula padamu..

usah bertanya..
jika ia sekadar pertanyaan yang tidak ingin kau dengar jawapannya..
usah bertanya..

soalan yang sama berulangkali..
jika ia hanya akan menambah luka di hati..


Sunday, 17 November 2013

Mungkin Bukan Dia

Hati yang beku..
kini terusik..
ada sesuatu pada dirinya..
yang membuat aku berhenti untuk menoleh..
tapi mungkin bukan dia..
kerana satu peristiwa..
satu hubungan tercipta..
biarpun tidak terlalu istimewa..
semakin lama seolah memberi harapan..
tapi mungkin bukan dia..


 
antara aku dan dia..
ada satu garisan..
penyambung dan pemisah..
sokongan dan tentangan..
dan mungkin bukan dia..
kerana satu garisan..
yang ada hitam dan putih..
yang wujud semua kemungkinan..
dan semakin meyakinkan..
mungkin bukan dia..
dan..
semakin hati ini membeku..
kerana ku tahu..
itu bukan dia..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...