^_^

Thursday, 21 March 2013

Bersaing dalam persaingan



Dalam persaingan,

Semua ada strategi,

Ada senjata ada alat ada segala,

Dengan harapan untuk menang.



Dalam persaingan,

Akan ada rasa penting diri,

Itu mungkin normal,

Menyerlahkan apa yang ada dalam diri,

Aku ada, dia tiada, kau tiada,

Aku ada segala dan aku mampu menang,

Itu lumrah..




 google~


Dalam persaingan,

Akan ada rasa kurang senang,

Mula nampak itu tak kena, ini tak kena,

Bodek sini sana,

Angkat selagi boleh,

Julang setinggi langit,

Itu lumrah.



Dalam persaingan,

Yang naïf akan rebah,

Yang polos akan bolos,

Yang lemah akan tertindas,

Yang hipokrit  sehebat konkrit,

Itu lumrah.



Adat dunia,

Adil itu sukar terzahir,

Ikhlas itu kadangkala menjerat,

Terlalu jujur sendiri terlunjur,


Itulah hakikat. 




Wednesday, 20 March 2013

FSTEP Batch 8 Closing Ceremony


Akhrinya aku berjaya juga jejak kaki kembali ke Dataran Takaful. Setelah hampir 6 bulan meninggalkan segala kenangan, banyak juga perubahan yang berlaku. 

Harini, aku berkesempatan jumpa kembali dengan kawan-kawan FSTEP yang lain. Bankers to be dari Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam, BSN, CIMB, Bank Pembangunan, Ambank, OCBC dan banyak lagilah semuanya berkumpul kembali. 

Masing-masing membawa cerita yang menarik, pahit dan juga manis sepanjang bergelar FSTEP Trainee 6 bulan ini. Ada yang dah confirm diserap sebagai staff, ada yang tengah tunggu confirmation dari HR masing-masing dan ada juga yang masih tergantung statusnya.

Apapun, semuanya rezeki, dan aku anggap harini hari yang best sebab bukan senang semua dapat berkumpul macamni. Jauh dalam hati, sedih juga terasa sebab terkenang kembali waktu bersama dulu. 
Setahun rupanya dah berlalu.. dan setahun itu hampir ke penghujungnya. 

Betapa masa itu sangat mencemburui kita..

p/s : FSTEP Batch 10 is open now for registration.. :)


Monday, 18 March 2013

Menanti Hari


Kurang dua minggu lagi keputusan interview akan keluar. 
Samada aku akan terus kekal dalam Bank dan diserap sebagai staff atau dilepaskan dari kontrak FSTEP-Bank Negara.

 Menanti jawapan itu sememangnya sangat mendebarkan. 
Memang aku nampak rileks, tapi dalam hati, tuhan saja yang tahu. 

Bak kata mentor aku, dah usaha yang terbaik,
 kita tawakal je. 
Kalau ada rezeki, 
Alhamdulillah. 

Kalau tak ada, jangan risau, mesti akan ada peluang lebih baik kat tempat lain. 
So, sekarang?.. 
Berserah dan doa jelah...

Nikmati hari hari terakhir ini dengan senyuman..

:)

Sunday, 17 March 2013

Pergi jauh-jauh


Titik hitam,
Satu tapi wujud,
Sedikit tapi tetap ada,
Nampak walau tidak jelas,
Mengganggu walau dibiar lesu.


google~

Luka,
Terasa sembilu menusuk,
Darahnya mengalir tapi tak nampak di mata,
Bisanya masih jua tersisa,
Walau dirawat rapi seadanya.

Parut,
Hilanglah segera,
Buangkan segala rasa yang tersisa,
Usah biar ia kekal lama,
Kerna kesan itu tak enak dibiar sahaja.

Biarkan ia pergi jauh-jauh



Saturday, 16 March 2013

Jodoh dari keluarga?


Dari dulu aku tak pernah percaya jodoh yang ditetapkan oleh keluarga. Bagi aku itu semua dah tak relevan lagi pada zaman millennium ni. Mungkin pemikiran masa tu terlalu sempit dan perasaan muda belia plus remaja yang baru nak belajar tentang hidup.

Tapi bila dah masuk usia dewasa ni, perasaan tu dah mula berubah. Pemikiran pun dah terbuka sikit.  Apatah lagi bila dah melalui beberapa cerita love story yang agak meruntun tangkai hati. (standart ler tu kan? )

Baru-baru ni aku dapat tahu seorang kawan yang agak rapat la juga tiba-tiba tunjuk gambar cincin. Rupanya dia telah dirisik. 





Alhamdulillah.Katanya tak pernah plan pun. Dia pun dah penat nak bercinta asik tak kekal. Tapi bila keluarga belah lelaki datang, katanya nak kenal-kenal, terus bawa cincin merisik. 
Bulan depan bertunang dan hujung tahun ni nikah.

Mudah bukan?.. Tak perlu nak bercinta lama-lama macam nak rak, tapi putus jugak.. huahuahau... Tahniah la yer buat kamu..

 Aku??.. errr... Itu aku serah je pada pemilik hati ini. Malas sudah mahu fikir.. hee...


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...