^_^

Wednesday, 27 February 2013

Is any boss here?


Yes.. Exactly.. I ‘am a job seeker.

Currently sedang aktif memburu kerja.
Kontrak akan tamat sebulan lagi.
Serap atau tidak itu akan ditentukan dalam interview kelak.

Maka..
Any boss here?
Would like to hire me?..
HAHAHAHAH...

 google

~ sedang aktif menghapdate resume. ~





Sunday, 24 February 2013

Bukan hanya pada dasar

 
Terkadang,
Kita melihat sesuatu,
Atas dasar rasa dan jiwa,
Atas dasar emosi dan hati,
Yang hanya sebahagian dipandu oleh kewarasan minda.

Terkadang apa yang kita lihat itu,
Bukanlah apa yang tertafsir sebenarnya,
Yang terlihat hanya permukaan,
Sedang pada dasarnya mungkin takkan sama,
Seperti apa yang tergambar,
Pada hakikat pandangan kasarnya mata.


 Google~


Mentaliti dunia nyata,
Ragam insaniah yang cepat alpa,
Pada sudut pandang kedua,
Yang mampu memberi gambaran jiwa,
Tentang hakiki dan realiti.

Selami dengan hati,
Fahami dengan jiwa dan minda,
Imbangkan dengan bisikan nurani,
Dan kau akan mengerti...





Saturday, 23 February 2013

Jum memasak! – Ketam Masak Black Pepper


Selamat berhujung minggu!!!.

Jum try masak ketam dengan lada hitam pula. 
Selalu aku masak sup atau masak lemak cili padi je ketam ni. 
Kali ni nak try dengan lada hitam pula. 

Bahan-bahan

2-3 ekor ketam
Setengah genggam lada hitam
3 ulas Bawang putih
3-4 sudu Sos Tiram
3-4 sudu Kicap cair
Garam Sesedap rasa
Air rebusan Ketam

Rebus ketam bersama hirisan daun kunyit, sedikit halia yang ditumbuk kasar dan bawang putih


Cara memasak

Rebus ketam seketika dan asingkan air rebusannya
Tumis lada hitam dan bawang putih yang dah ditumbuk lumat (sehingga naik bau)
Masukkan air rebusan ketam
Pekatkan dengan sos tiram dan kicap cair
Tambah sedikit garam sesedap rasa
Agak-agak dah sebati, masukkan ketam dan gaulkan rata..


 Kalau suka, goreng sekali dengan hirisan kacang panjang..



Siap untuk dihidang dengan nasi panas...
Selamat mencuba.. !!




Aku yang tersakiti..


Antara percaya atau tidak...
Antara realiti dan yang pasti..
Antara kau dan aku...

-time will heal-
---------------------------------------------- 

Pernahkah kau merasa jarak antara kita,

Kini semakin terasa setelah kau kenal dia,

Aku tiada percaya teganya kau putuskan,

Indahnya cinta kita yang tak inginku akhiri,

Kau pergi tinggalkanku.



Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti,

Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari,

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku,

Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia.



Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya

Aku pergi untuk dia..

 google~

 -------------------------------------------------------------------

Entah kenapa aku benar-benar jatuh hati dengan lagu ni..
Lagu oleh Penyanyi dari Indonesia, Judika..
Muziknya, liriknya, iramanya, suaranya,
Membuai dan sangat terkesan di hati,
Entahlah..
Mungkin aku sorang jer kot yang rasa camtu..


But if wear my shoes, Maybe you can feel the same..


Tuesday, 19 February 2013

Just like him..

Awak....
Saya nampak awak..
Dalam Lrt Dang wangi.
Mata, bibir,iras wajah memang saling tak tumpah..
Macam awak..

Saya pandang awak lagi..
Biar pun dari pantulan cermin yang gelap,
Saya masih boleh nampak wajah awak..
Betul-betul berdiri sebelah saya..

Orang ramai balik kerja bersesak..
Lrt semakin padat..
Saya tercari-cari awak..
Saya intai-intai di celahan manusia..
Fuh lega..
Saya masih boleh lihat awak..
Awak pandang saya..
Saya pandang awak..
Cepat-cepat saya tunduk..
Muka saya merona merah..
Saya boleh rasa darah naik ke muka.
Saya malu..

Dua tiga minit lepas tu..
Saya curi pandang lagi..
Saya nampak bibir awak..
Raut wajah awak..
Awak..
Awak ke tu?..

Ya Allah...
Cepat-cepat saya tersedar..
Itu bukan awak..
Itu bukan awak..
Bukan awak..

Menitik airmata saya..
Terlalu rindu pula rasanya.
Dalam kesesakan orang ramai petang ni,
Tak mampu menahan airmata saya dari berguguran..



Saya pandang lagi wajahnya..
Kelu rasa lidah ini...
Terasa sangat macam saya pandang awak dulu..
Tapi pandangan mata dia tak sama macam awak pandang saya...
Itu saya pasti..
Amat pasti...

Awak..
Memang susah nak lupa..
Mungkin saya cuba..
Dan sedikit sebanyak ada kesannya..
Tapi..
Hari-hari saya lalu depan tempat kerja awak.
Macammana?..

Setiap kali lalu..
Saya tak akan lupa..
Doa untuk awak..
Moga awak sentiasa bahagia..
Dan aman di sana..

Tapi..
Kalau esok saya terserempak dengan dia lagi..?
Macammana awak..
Harap saya kuat...
Kuat untuk tidak lagi bergenang lagi.
Macam tadi..

Bila terkenang-kenang..
Sebak hati saya..
Al-fatihah buat awak..
 

A guy who wearing kemeja berjalur coklat putih dalam Lrt Dang Wangi ke Gombak jam 6.30 ptg, 
18 feb 2013.. Maaf... Kamu mengingtkan saya pada seseorang...




Monday, 18 February 2013

Adunan emosi kala ini..

Selalu begitu..
Merasa sulit untuk selesa..
Bergelut dengan rasa yang menggigit jiwa..
Saat ada mata liar mula menikam..
Saat lidah tanpa tulang itu mula membelit.. 
Saat semua yang dilakukan serba tidak kena..

Resah..
Walhal mereka biasa saja...
Atau akukah yang terlebih menambah rasa dalam adunan emosi?..


 
Entahlah..
Gelisah itu sentiasa ada..
Mungkin kerna hanya jasad yang ku bawa bersama..
Sedangkan rasa hati ini hilang entah ke mana..
Menghitung hari yang semakin menghimpit diri...

Rebah aku dalam sujud ini..
Mengharap ehsan yang satu..
Moga semuanya baik-baik saja..


Sunday, 17 February 2013

Ku lafazkan kemaafan itu..


Sakit,
Mungkin benar,
Saat terjatuh kau kan bangkit semula,
Berdiri dan berjalan seperti biasa,
Tapi langkahmu akan sedikit goyah,
Dan mula perlahan saat melalui lorong yang sama lain harinya...

Mengertikah kamu,
Andai ku katakan,
Sakit itu telah lama hilang,
Kerna masa telah menyembuhkan segalanya,
Tapi satu yang harus kau sedari,
Parutnya masih lagi tertinggal,
Selamanya kan tetap ada,
Selamanya..


 google~

Oh...
Usah pernah runsing pening,
Segalanya telah lama berlalu..
Kemaafan jua telah ku lafazkan,
Tapi untuk melupakannya,
Sama sekali tidak mampu ku lakukan..
Bukan tidak pernah mencuba,
Bayangnya tetap saja ada..

Mungkin ini yang dikata,
Memaafkan itu mudah sekali,
Tapi melupakannya,
Mungkin .. terserah...
Pada mata yang menilai,
Dan hati yang merasa..
Kerna kemaafan itu telah lama ku lafazkan...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...