^_^

Monday, 28 January 2013

Menjaga orang sakit, BERSABAR!

Jika anda berpengalaman menjaga orang sakit, pasti anda boleh membayangkan seribu satu rasa yang bermain dalam emosi. Menjaga orang sakit (jika anda bukan doctor atau nurse) sangat memerlukan kesabaran yang tinggi kerana anda ada tanggungjawab lain selain dari menjaga mereka yang sakit (khususnya mereka yang lebih berusia). Anda harus melakukan kerja anda dan dalam masa yang sama, menguruskan mereka yang sakit. 


 google~

Apa yang perlu dilakukan?

Menjaga emosi dan perasaan
Adakalanya orang yang sakit ini banyak karenah. Mereka akan meminta sesuatu yang bukan-bukan dan berkata yang bukan-bukan. Ini mungkin akan menyebabkan emosi anda terjejas kerana terpaksa melayan kehendak mereka. Apa yang harus dilakukan?.. Bersabar!.. Jaga lidah anda dari memaki hamun atau mengeluarkan kata-kata yang mungkin menggores hati mereka. Saat ini kesabaran anda mungkin goyah, namun cepatlah beristighfar , semoga anda lebih kuat mengharunginya.

Menjaga kebersihan dan kesihatan
Orang sakit tidak mampu menguruskan diri mereka sendiri. Terutama mereka yang terlantar dan hanya mampu duduk dan baring. Mereka ini sangat memerlukan bantuan anda untuk membersihkan diri. Bawalah mereka mandi (jika boleh dipapah) atau lapkan tubuh mereka seadanya. Jangan lupa gosok gigi dan syampukan mereka. Gagal melakukan ini, menyebabkan anda juga yang pening kepala jika mereka ada bau yang tidak menyenangkan kelak. Beri  ubat tepat pada waktu agar mampu membantu mereka untuk segera sembuh.

Makan dan minum
Jika mereka tidak mahu makan, usahakan agar mereka tetap menjamah sesuatu untuk mengalas perut. Ini penting kerana perut yang kosong akan lebih membuatkan tubuh mereka tidak bermaya. Berikan buah-buahan dan susu agar mereka lebih berselera untuk makan. 

Beribadah
Jika mereka mampu untuk menunaikan solat dan meminta anda untuk membantu mereka, Usahlah pertikaikan permintaan mereka. Bantulah mereka seadanya. Alunkan atau pasangkan juga bacaan ayat suci dan zikir untuk memberikan mereka ketenangan.


Doa, motivasi dan kata-kata semangat
Anda sebagai orang yang rapat selaku penjaga mereka, haruslah sentiasa memujuk dan memberikan kata-kata peransang supaya mereka lebih bersemangat untuk teruskan hidup. Berikan motivasi dan keyakinan agar mereka lebih tabah dan redha dengan ujian kesakitan ini. Jangan lupa berdoa agar segera diberikan penyembuhan ke atas mereka dan juga kesabaran yang tinggi untuk anda.Penting tu..

Untuk anda?
Tiada kata lain melainkan BERSABAR yang layak diberikan untuk anda. SYABAS dan TAHNIAH juga kerana  berjaya memikul tanggungjawab ini yang tidak semua orang mampu melakukannya dengan baik. Anggaplah ia sebagai cabaran untuk anda menjadi orang yang lebih sabar dalam menempuhi dugaan hidup. 

Bayangkan jika anda pula yang sakit?.. Layanlah dan jagalah mereka sebagaimana anda mahu dilayan kelak. Wallahualam..

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.. tidakkah begitu?..



Sunday, 27 January 2013

Kasih sayang itu pinjaman

.
Dia,
Selalu ada untukmu,
Kamu tersenyum bahagia,
Dia juga merasai hal yang sama,
Tapi, kenyataannya dia milik orang lain..

Dia,
Memberi semangat dan keyakinan untukmu,
Kamu tersenyum bahagia,
Dia juga merasai hal yang sama,
Tapi, kenyataannya dia milik orang lain..


google~

Dia,
Mengubat luka dan kecewa di dada,
Kamu tersenyum bahagia,
Dia juga merasa hal yang sama,
Tapi kenyataannya dia milik orang lain.

Dia,
Memberi harapan padamu,
Kamu tersenyum bahagia,
Dia juga merasai hal yang sama,
Tapi kenyataannya dia milik orang lain..


Ternyata,
Kasih sayang itu juga pinjaman,
Saat ia terjadi,
Tiada kata lain terbaik untuk dijadikan sandaran,
Melainkan,
Sabarlah duhai hati,
Sekurang-kurangnya bahagia itu pernah menjadi milikmu bukan?..
Tersenyumlah,
Walau di hati terpalit sedikit luka..

Kasih sayang itu hanya pinjaman..



Friday, 18 January 2013

Umur itu angka, tapi..



Umur itu angka,
Yang bertambah setiap saban tahun.

Umur itu angka,
Yang membezakan saya dan kamu,
Kamu dan dia..
Dia dan mereka..

Umur itu angka,
Yang membuatkan kita sedar diri,
Bahawa kematian semakin mendekati.


 google~


Umur itu angka,
Yang membuat kita terus percaya,
Bahawa masa semakin cepat berlalu pergi,
Sedangkan kita masih di sini,
Masih sedang leka dengan hal sendiri.

Ya, umur itu sekadar angka,
Namun sangat besar impaknya pada mereka,
Yang tahu menghargai,
Apa perlunya perubahan dalam diri.

Sangat menakutkan bukan?.
Andai umur semakin banyak bertambah,
Namun tiada peningkatan dalam diri,
Dari semua segi..

Ternyata umur itu bukan sekadar angka...

Tuesday, 15 January 2013

‘Tentang Rasa’ & Sayembara Penulisan


Alhamdulillah.. 


gambar google~
Penyertaan untuk Sayembara Penulisan  novel,  cerpen dan puisi bertemakan "Tentang Rasa" yang dihantar,
telah selamat diterima di meja urusetia Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).
Terima Kasih buat kak Ujie yang telah memberikan ilham untuk menghantar koleksi puisi yang ada 
ke peraduan anjuran ITBM-PENA-BERITA HARIAN tersebut. 
Penat jugalah nak memilih koleksi yang ok.
Bagi yang berminat untuk turut serta, masa masih ada sehingga akhir bulan Januari ini. 
Jum memeriahkan sayembara ini. 
Sila layari website Institut Terjemahan & Buku Malaysia untuk detail info..




Thursday, 10 January 2013

Mengidam Samsung Galaxy s III

 
Even this type of phone dah berbulan dalam market,
 Even iPhone5 dikatakan jauh lebih baik,
 Even banyak gadjet yang hebat-hebat dah keluar,
Keinginan ini tetap pada Samsung Galaxy SIII..



google~
Tapi sampai sekarang,
Masih lagi belum berkesempatan..
Untuk memilikinya...
Geramnya...
Wahahahhaah...

Survey punya survey,
Tak angkat pun..
Belek punya belek (katalog je),
Tak beli-beli pun..
(range harga kedai now RM1730-RM1800)
sayangnya duit nak keluar sedebuk camtuh,,, huhu)
duit bukannya senang dicari.. setuju??

Berusaha,berusaha...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...