^_^

Saturday, 9 March 2013

Rezeki makan free..




Rezeki selalunya datang dalam pelbagai bentuk.. Tak semestinya dari segi kewangan dan harta benda.. Kesihatan yang baik pun rezeki juga..

Ok, just nak share cerita tentang rezeki yang datang dalam bentuk makanan.. Lunch hour yang panjang semalam, aku sempat jalan cuci mata kat KWC.. Kenanga Wholesale City dekat dengan Monorel Hang Tuah.. Memang bestlah tengok macam-macam fesyen baju yang agak murah jugak.

Masa tengah nak bayar (member shopping baju), amoi tu bagitau ada makan free dekat kedai sebelah... Halal punya woo. Nak tergelak pun ada tengok gaya dia cakap. 

Lepas bayar , kitorang saja jalan dekat kedai tu... Memang makan free sempena hari pertama pembukaan. Alhamdulillah, sebab perut pun dah lapar, kami pun terus ambil pinggan dan cedok lauk. Banyak juga lauk yang aku bedal. Haha. Ikan pari asam pedas, rebung masak lemak, telur masin dan juga taugeh besar tu..

Terbaik!!.. Aku tak tau apa nama kedai tu sebab belum ada letak kat pintu masuk.. Apa-apa pun terima kasih yer tuan kedai.. Tokey dia melayu dan berasal dari Batu Pahat kalau aku tak silap dengar. Lauk semua sedap!. Haha.. Alhamdulillah.. Moga perniagaan kedai anda terus berjaya...


5 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

.ciknoey. said...

Wowww nape x ajak? Heee

hana hadi said...

bukan senang kedai makan nak buat makan free ni

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

wahh memang rezeki sis... Alhamdulillah....

kyo_9 said...

pergh..
awat x amik gambar ngan chef dia skali?? huhuu..

moga murah rezeki tokey kedai..

HazeL said...

best nye dapat mkan percuma.... i loike! nape tak ambil gmbr makanan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...