^_^

Sunday, 17 March 2013

Pergi jauh-jauh


Titik hitam,
Satu tapi wujud,
Sedikit tapi tetap ada,
Nampak walau tidak jelas,
Mengganggu walau dibiar lesu.


google~

Luka,
Terasa sembilu menusuk,
Darahnya mengalir tapi tak nampak di mata,
Bisanya masih jua tersisa,
Walau dirawat rapi seadanya.

Parut,
Hilanglah segera,
Buangkan segala rasa yang tersisa,
Usah biar ia kekal lama,
Kerna kesan itu tak enak dibiar sahaja.

Biarkan ia pergi jauh-jauh



1 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Ujie said...

dlm hidup ni, mmg ada luka yg tak sembuh2. sbb ia kekal ada dlm hati dan fikiran kita.

so, cuma hati dan fikiran kita yg mampu membuang titik hitam itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...