^_^

Sunday, 10 March 2013

Jum memasak! Tomyam Sayur Aneka Cendawan




Rasanya baru je last weekend aku masak tomyam.. Tapi itu tomyam sempoi.. 
Weekend Kali ni tomyam aneka cendawan pula.

Bahan-bahan
 
4-5 ulas cendawan butang (white button) dipotong kasar
1 paket cendawan Enoki (yang panjang2 tu)
2 genggam cendawan tiram
1 genggam kacang peas (Holland Bean)
Beberapa potong brokoli
1/2 batang carrot
1 batang baby corn
1 biji bawang merah dipotong bulat
2 ulas bawang putik dititik
2 batang serai dititik
3-4 helai daun limau 
3-5 biji cili padi dibelah tengah
Beberapa hiris daging ayam dipotong dadu
Kiub/pes tomyam

Cara memasak 
 
Cara masak masih sama.. Sangat sempoi..
Didihkan air bersama kiub/pes tomyam
Masukkan hirisan ayam
Agak-agak ayam dah masak, masukkan sayur perlahan-lahan bermula dari yang agak keras dan rangup, hingga yang paling lembut.

Jangan lama sangat atas api, nanti sayur layu tak berapa sedap.. Hee..

Selamat mencuba.. Sangat sempoi..

4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

mr.D said...

nampak mcm sedap je..hmm

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

sedapnyaaaaaaaaaa... ena suka makan cendawan2 tu.... rasa macam nak buat steambot je.. kena buat esok ni.. hewhewhew

Cik Tia said...

kalau tak pedas , mungkin saya akan suka. hehe.

Telor Power said...

hahaha rajinya lia memasak. Hebat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...