^_^

Saturday, 2 March 2013

Jum memasak! Tomyam Ayam Sempoi..


Hujung minggu datang lagi. So, masak apa harini??, 

Jum kita masak tomyam yang sempoi. 
Tak perlu susah-susah pergi beli bahan tomyam yang mahal-mahal, 
(tapi kalau ada cendawan, baby carrot lagi sedap! ) 

Guna bahan sedia ada kat dapur jer..
 Sedap jugak!.. hahah..



Bahan-bahan

Sayur kobis beberapa potong,
¼  Sayur Brokoli,
1 ulas Bawang besar dipotong bulat,
2 ulas Bawang putih (dititik )
3 biji Cili padi  (dititik/dibelah tengah)
2 batang serai,
½  Carrot
Garam sesedap rasa
2.5 kiub Pes tomyam
Isi dan sedikit tulang ayam dipotong dadu.


Cara memasak

Didihkan setengah periuk air bersama kiub tomyam/pes tomyam,
Masukkan ayam, serai, bawang putih, cili padi.
Tunggu hingga mendidih betul,
Agak-agak ayam dah masak, masukkan sayur beransur-ansur.
(Start dari yang keras cth kobis dan brokoli, then baru kobis)
Siap!..



Sangat mudah dan sempoi bukan?..
.. 
Selamat mencuba..





4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Telor Power said...

Bagus....tapi saya x minat makan tomyan utk lunch

Alia Laila said...

Waaaa kecur air liur tengok gambaq !

ainnoraini said...

selalu buat tomyam...lagi pun senangkan...campak2 bahan tu jer dah jadi...

biela bell said...

bell suka tomyam! nyam3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...