^_^

Sunday, 3 March 2013

Jum memasak! Spaghetti sempoi..


Hujung minggu memang masa untuk jadi cheff tak bertauliah..
 Haha.. Kali ni jum kita masak spaghetti yang sangat sempoi macam dalam iklan tv tu.. 
Curah sos saja sudah siap.. Haha.. 


Bahan- bahan

1 biji bawang merah diracik halus
1 Ulas bawang putih diracik halus
2 tangkai daun sup (untuk hiasan)
1 sudu cili boh
Garam sesedap rasa
1 cawan air
Daging lembu (beli yg da siap kisar)
Hirisan cendawan (beli yg dlm tin)
Pes tomato ( beli siap)

Cara memasak

Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau
Masukkan cili boh dan goreng garing
Masukkan daging kisar dan goreng hingga agak kekuningan
Bila dah agak masak, masukkan pes tomato dan kacau sebati
Campurkan sedikit air perlahan-lahan
Tambah sedikit garam mengikut citarasa sendiri
Didihkan masakan dan taburkan daun sup 


Siap untuk dihidang

Mudah bukan?
Selamat mencuba...

P/s ; masa celur spaghetti, letak minyak sikit untuk elak mee spaghettinya melekat dan bergumpal.


6 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Alia Laila said...

Sedapnyaaaaaaaaaa :D

Teringat iklan tu. Si emaknya berkata, "Susah nak masak spaghetti yang sedap di rumah, sayangg"

Tetiba muncul Chef Riz. Hihi :D

anys said...

Jom sertai giveaway! ;=)
http://myartcrafting.blogspot.com/2013/02/newbie-giveaway.html

Telor Power said...

Kaki memasak rupanya lia ni

sitiezahim said...

salam kenal dari deutschland..:)

Ujie said...

versi akak lagi sempoi tau lia. cuma guna sos spaghetti tu, masak dgn daging hancur. kalau ada cendawan butang boleh masuk gak. tak tumis apa2. kalau malas, nilah yg akak buat.:)

utk mee spaghetti tu akak letak sikit garam masa rebus, lebih berasa dari biasa.

Masya said...

memang sempoi hahahahaha....
nnt cubalah resepi chicken chop tu tau.. lg sempoi dan mudah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...