^_^

Saturday, 9 February 2013

SKYNET.. Bermasaalahkah?..

Ada sesapa yang tak tau SKY NET tu apa?.. Rasanya tak ada yang tak tau.. SKY NET kan famous. World wide katanya.. Pada yang tak tahu, SKY NET ni lebih kurang fungsinya macam Pos Laju, Pos Ekspress dan seangkatan dengannya la. Kenapa tiba-tiba nak post pasal benda ni?.. 

Sebab.... Dah tak tahan dengan service SKY NET yang terlalu menyesakkan dada, perasaan dan emosi. Kalau bagi rate , I would give 1/10.  Dasyat tak?.. Dah 3 kali guna service SKY NET ni, kali pertama Ok je. Kali kedua start buat masalah. Kali ke tiga lagi dasyat masalahnya.




Why would I dare to say that???..  Apa perasaan korang bila dah pesan barang online, then setelah seminggu barang still tak sampai, bila dah siasat, tracking number bagai, Call lagi lah, macam nak pecah jari mendail baru nak pick up, asyik putus je memanjang, then korang diberitahu barang dah delivered , siap bersign nama korang dan IC sekali.. Padahal korang tau itu bukan sign dan IC sebenar korang. 

Marah tak?.. Bengang tak?.. Sakit hati tak?.. Siasat lagi, IC tu tak sah. Maksudnya tak ada pemilik. Tipu punya! Nak kata jiran tolong ambilkan, dah 3 hari, takkan jiran tu tak pulang2kan lagi.. kan?.. Hm..

 Now tengah tunggu lagi 4 hari memandangkan Cuti Raya Cina sebab Driver yang hantar tu bercuti!...  Kena tunggu dia masuk kerja untuk confirmkan dengan siapa dia hantar. Kalaulah salah alamat, perghh... memang SKYNET kena ganti la barang tu.. Tak kira.. Ganti jugak..  termasuk ganti rugi topap telefon asyik call dan masa menunggu yang terlalu lama. 

Err... geramnya bila kita tak tau dengan sapa nak dipersalahkan bila jadi camni... Korang ada experience camni tak?.. aduhhh... Sabo jela even dah tak boleh bersabar.




5 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

~AmyLiana86~ said...

guna pos laju je skrg ni..laju dr yg swasta2 nie..huhu

✿A I N A A✿ said...

tunang ena masa dia lepas spm dlu, dia pernah keje sementara kat skynet ni... ena selama hidup ena, ena tak pernah guna skynet ni.. masa ena jumpa tunang ena, baru ena tahu wujudnya skynet ni.. heeeeeeeeeeeee

Cik Zara said...

skynet xpernah guna sbb guna pos laju je.. tak ada pengalaman dalam hal ni.. apa pun bsabar lah ye..

cik kaki ketawe said...

memang risiko lah kalo guna skynet ni kak...ada jugak sekali tuh order sy xsampai...so sy call diorang bincang baik2...lastly dapat dan tak perlu tmbah apa2 bayaran..sbb memang kecuaian mereka...kkdang mereka salah alamat dan orang yg tak bertanggungjawab mengaku itu barangan mereka...

HazeL said...

Cube nationwide pulak lepas nie...ok jugak servis depa nie...pos laju pun ok...tak menghampakan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...