^_^

Saturday, 23 February 2013

Jum memasak! – Ketam Masak Black Pepper


Selamat berhujung minggu!!!.

Jum try masak ketam dengan lada hitam pula. 
Selalu aku masak sup atau masak lemak cili padi je ketam ni. 
Kali ni nak try dengan lada hitam pula. 

Bahan-bahan

2-3 ekor ketam
Setengah genggam lada hitam
3 ulas Bawang putih
3-4 sudu Sos Tiram
3-4 sudu Kicap cair
Garam Sesedap rasa
Air rebusan Ketam

Rebus ketam bersama hirisan daun kunyit, sedikit halia yang ditumbuk kasar dan bawang putih


Cara memasak

Rebus ketam seketika dan asingkan air rebusannya
Tumis lada hitam dan bawang putih yang dah ditumbuk lumat (sehingga naik bau)
Masukkan air rebusan ketam
Pekatkan dengan sos tiram dan kicap cair
Tambah sedikit garam sesedap rasa
Agak-agak dah sebati, masukkan ketam dan gaulkan rata..


 Kalau suka, goreng sekali dengan hirisan kacang panjang..



Siap untuk dihidang dengan nasi panas...
Selamat mencuba.. !!




5 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

||Sis aLeaSaRa|| said...

wah terliur tgk huwaaa laparrrrr.tq share rspi ni ^^

✿A I N A A✿ said...

masyaAllah!! sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... ena dah lama tak makan ketam, mak ena dah lama tak buat.. hurmmm.. nak juga!!!

KY said...

sedaplah lia akk nampak...tapi akk tak makan ketam..

Aishah Jahirah said...

akak xpenah masak ketam lia....makan reti la...heheh

biela bell said...

kak lia boleh buatkan untuk bell pulak ya nanti..nak rasa... ;) :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...