^_^

Monday, 4 February 2013

Jalan yang ku pilih


Sejenak terfikir..
Jika ini bukan jalan yang ku pilih..
Akan berbezakah denai yang aku lalui?..
Adakah akan lebih baik?
Adakah  akan lebih mudah menyusuri lorong kehidupan..?
Dan dengan tenang menggapai awan..
 Demi menggenggam bintang yang bersinar?



 google~


Sejenak terfikir..
Jika ini bukan jalan yang ku pilih,
Mampukah aku berdiri dan mengenal duniawi?
Atau akan lebih sukarkah langkahku ke hadapan?..
Dan masih terikat kuat dengan rantai takdir semalam?..

Sejenak terfikir,
Perjalanan yang jauh telah bermula,
Sudah kelihatan penghujung jalan,
Namun  langkahku terhenti,
Terlalu takut andai aku,
Tiba di garisan penamat,
Namun masih gagal meraih apa yang ditunggu.

Sejenak terfikir,
Siapalah aku untuk melawan takdir,
Menyesali jalan yang telah ku pilih,
Walau itu tekad yang terpasak dengan azam sendiri..

Kata hati,
Teruskan melangkah,
Berlari jika perlu,
Bangun jika jatuh tersungkur,
Dan merangkak jika terpaksa..


Jangan sesali jalan yang kau pilih..
Akan ada sesuatu disebalik sesuatu itu..
Percayalah!!!
  

7 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

~AmyLiana86~ said...

jgn menoleh ke belakang..Allah sentiasa bersama kite..=)

aReLaN said...

setiap jalan yang kita pilih tu, ada hikmah yang menanti.jadi pilihlah yang mana kita rasa terbaik buat diri ini.hehehe

KY said...

ikutlah kata hati kalau itu jalan yg terbaik

Ujie said...

asalkan jln yg dipilih berpandukan akal waras dan mohon petunjuk Allah, jgn disesali lagi tiap keputusan.

LydSunshine said...

Jalan yang kita pilih tu sebenarnya adalah jalan yang telah dipilih oleh Allah. Allah lah yang menggerakkan hati kita utk pilih sesuatu keputusan tu.

Clive Einstein said...

orang kata...dan saya pun bersetuju...yang dimana kita berada sekarang...adalah disebabkan jalan yang kita pilih sebelum ni merupakan jalan yang kita tak pernah sangka akan pilih...tapi voila!

tu la hidup...tapi teruskan berjalan... :)

Atiqah Ivy said...

sangat terkesan di hati..
mungkin krn sy berada dalam situasi g sama..:)
be strong girl..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...