^_^

Friday, 18 January 2013

Umur itu angka, tapi..



Umur itu angka,
Yang bertambah setiap saban tahun.

Umur itu angka,
Yang membezakan saya dan kamu,
Kamu dan dia..
Dia dan mereka..

Umur itu angka,
Yang membuatkan kita sedar diri,
Bahawa kematian semakin mendekati.


 google~


Umur itu angka,
Yang membuat kita terus percaya,
Bahawa masa semakin cepat berlalu pergi,
Sedangkan kita masih di sini,
Masih sedang leka dengan hal sendiri.

Ya, umur itu sekadar angka,
Namun sangat besar impaknya pada mereka,
Yang tahu menghargai,
Apa perlunya perubahan dalam diri.

Sangat menakutkan bukan?.
Andai umur semakin banyak bertambah,
Namun tiada peningkatan dalam diri,
Dari semua segi..

Ternyata umur itu bukan sekadar angka...

8 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Aisy Nasiha said...

Birthday siapa tu hari ni? Umur n angka penting...byk yg ditentukan dengam dua perkara ni.

Ujie said...

bday lia ke ni??

umur bertambah, bermakna kehidupan dunia kian singkat. kematian makin mendekat.

Lia Irdelia said...

eh, x lah..
sengaja post pasal umur ni..
terasa semakin berusia plak..
sedang diri x punya apa2...
haha..

Kesuma Angsana said...

gd one, peringatan buat kita

~AmyLiana86~ said...

betul2....hehe

Mr.Clive said...

:'(
tahun ni saya da semakin tua...
umur dimana tarikh kahwin sentiasa disoal.... >_<

aReLaN said...

memang trasa la sebab hari ni my bday.hehehe

Farhanah Mokthar said...

nice entry..
jom singah dan join peplum giveaway kat blog kita :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...