^_^

Monday, 28 January 2013

Menjaga orang sakit, BERSABAR!

Jika anda berpengalaman menjaga orang sakit, pasti anda boleh membayangkan seribu satu rasa yang bermain dalam emosi. Menjaga orang sakit (jika anda bukan doctor atau nurse) sangat memerlukan kesabaran yang tinggi kerana anda ada tanggungjawab lain selain dari menjaga mereka yang sakit (khususnya mereka yang lebih berusia). Anda harus melakukan kerja anda dan dalam masa yang sama, menguruskan mereka yang sakit. 


 google~

Apa yang perlu dilakukan?

Menjaga emosi dan perasaan
Adakalanya orang yang sakit ini banyak karenah. Mereka akan meminta sesuatu yang bukan-bukan dan berkata yang bukan-bukan. Ini mungkin akan menyebabkan emosi anda terjejas kerana terpaksa melayan kehendak mereka. Apa yang harus dilakukan?.. Bersabar!.. Jaga lidah anda dari memaki hamun atau mengeluarkan kata-kata yang mungkin menggores hati mereka. Saat ini kesabaran anda mungkin goyah, namun cepatlah beristighfar , semoga anda lebih kuat mengharunginya.

Menjaga kebersihan dan kesihatan
Orang sakit tidak mampu menguruskan diri mereka sendiri. Terutama mereka yang terlantar dan hanya mampu duduk dan baring. Mereka ini sangat memerlukan bantuan anda untuk membersihkan diri. Bawalah mereka mandi (jika boleh dipapah) atau lapkan tubuh mereka seadanya. Jangan lupa gosok gigi dan syampukan mereka. Gagal melakukan ini, menyebabkan anda juga yang pening kepala jika mereka ada bau yang tidak menyenangkan kelak. Beri  ubat tepat pada waktu agar mampu membantu mereka untuk segera sembuh.

Makan dan minum
Jika mereka tidak mahu makan, usahakan agar mereka tetap menjamah sesuatu untuk mengalas perut. Ini penting kerana perut yang kosong akan lebih membuatkan tubuh mereka tidak bermaya. Berikan buah-buahan dan susu agar mereka lebih berselera untuk makan. 

Beribadah
Jika mereka mampu untuk menunaikan solat dan meminta anda untuk membantu mereka, Usahlah pertikaikan permintaan mereka. Bantulah mereka seadanya. Alunkan atau pasangkan juga bacaan ayat suci dan zikir untuk memberikan mereka ketenangan.


Doa, motivasi dan kata-kata semangat
Anda sebagai orang yang rapat selaku penjaga mereka, haruslah sentiasa memujuk dan memberikan kata-kata peransang supaya mereka lebih bersemangat untuk teruskan hidup. Berikan motivasi dan keyakinan agar mereka lebih tabah dan redha dengan ujian kesakitan ini. Jangan lupa berdoa agar segera diberikan penyembuhan ke atas mereka dan juga kesabaran yang tinggi untuk anda.Penting tu..

Untuk anda?
Tiada kata lain melainkan BERSABAR yang layak diberikan untuk anda. SYABAS dan TAHNIAH juga kerana  berjaya memikul tanggungjawab ini yang tidak semua orang mampu melakukannya dengan baik. Anggaplah ia sebagai cabaran untuk anda menjadi orang yang lebih sabar dalam menempuhi dugaan hidup. 

Bayangkan jika anda pula yang sakit?.. Layanlah dan jagalah mereka sebagaimana anda mahu dilayan kelak. Wallahualam..

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.. tidakkah begitu?..



4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Aisy Nasiha said...

akak ada pengalaman, empat kali bermalam dan berkampung di hosp semasa ahli keluarga sakit... mmg kena ada kesabaran yg lebih... tapi demi kasihan dan sayangkan hali keluarga, semuanya ok je..

aReLaN said...

pernah skali je jaga orang sakit bilaman my wife kena operate. teman la dia kat hospital sampai kena suruh balik ngan nurse.hmmmm..memang perlukan kesabaran yang tinggi

KY said...

betul tu lia, kena ada kesabaran yg tinggi..

~AmyLiana86~ said...

betul2...sabar separuh dr iman..hehe..

time sakit la org tu nak ngada2..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...