^_^

Tuesday, 11 December 2012

Kadangkala..

Kadangkala,
Aku merasa sakit saatnya sihat,
Sejuk dikala panas membahang,
Panas dikala salju bertandang,
Lelah walau sedar dari rehat yang panjang,
Sayu walau adanya bahagia menjelang..

Kadangkala,
Cemburu itu datang walau aku menghalang,
Marah mengundang walau hati cuba bertenang,
Tertumpahnya tangis walau hati tak walang,
Termenung sendiri walau ada teman di sisi..

Kadangkala,
Segalanya kelihatan rumit,
Ruang nafas semakin sempit menghimpit,
Nadi kian lemah ,
TAPI..
Itu tidak bermakna semangat ini MATI!!!
Aku akan tetap bangkit,
Walau berjuta halangan yang terbit..
Aku akan cuba bertahan,
Walau hingga sayapku tak mampu lagi terbang tinggi...
Dalam mencari arah yang pasti..




Tuesday, 4 December 2012

Macam batu tepi jalan


Wujudnya ada,
Tapi tak dipedulikan,
Ada pun tak dikisah,
Tiada lebih bertuah..
Macam batu tepi jalan.

Bersuara,
Tapi tak didengar,
Walau dengar tak diendah,
Memandang,
Tapi tak dipandang,
Sedangkan adanya bukan jauh dari pandangan.
Macam batu tepi jalan.

Macam batu tepi jalan,
Akan ada yang tersungkur andai salah kaki melangkah,
Macam batu tepi jalan,
Tergolek-golek tatkala disepak kaki yang bersepah.

 gambar google
Macam batu tepi jalan.. Bolehkah disamakan?


Macam batu tepi jalan,
Biarlah menjadi yang tergolek disepak kaki yang bersepah,
Dari menjadi penyebab tersungkurnya mereka akibat salah kaki yang melangkah..

Biarlah,
Walau macam batu tepi jalan,
Selagi hadirmu tidak pernah menyusahkan,
Selagi wujudmu masih berguna walau tak diperlukan,
Kentalah jiwamu bertahan hingga akhir zaman.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...