^_^

Thursday, 29 November 2012

Wanita, antara kerjaya, rumahtangga dan keluarga


Mungkin aku bukanlah orang  terbaik untuk membicarakan tentang keluarga dan kerjaya. Tapi yang pasti aku yakin setiap orang ada pendapat tersendiri tentang ini. Bagi aku, seorang wanita yang bekerjaya, pasti sukar untuk melepaskan segala apa yang dia ada semata-mata untuk berada di sisi keluarga. Banyak faktor mendorong hal ini berlaku, dan segalanya terpulang pada pegangan individu dan institusi kelurga itu sendiri.

Ingin aku tegaskan di sini, sebaik-baik isteri ialah isteri yang sentiasa berada disisi suaminya. Sebaik-baik ibu adalah ibu yang menjaga, mendidik dan mengasuh anak dengan tangannya sendiri. Itu satu hakikat yang tidak mungkin dapat disangkal. 


 Gambar google~

Seorang isteri tidak wajib untuk bekerja, apatah lagi untuk membantu suaminya mencari nafkah seharian. Tetapi berbalik pula kepada ekonomi keluarga. Mampukah seorang suami itu menanggung isteri dan anak-anak yang semakin membesar. Di sinilah peranan seorang isteri untuk membantu sedikit sebanyak bagi meringankan beban tanggungjawab seorang suami. Pendapat aku ini tidak terpakai jika pendapatan seorang suami itu melebihi dari keperluan. 

Untuk si isteri yang tidak bekerja, usahlah meminta itu dan ini yang tidak termampu oleh sang suami. Pastikan segala keperluan suami dan anak-anak terjaga. Jika isteri bekerjaya pula, usah terlalu mengejar kerjaya hingga terpaksa melepaskan tanggungjawab sebagai isteri kepada pembantu rumah atau pun ibu sendiri. 

Untuk si suami yang isterinya tidak bekerja, fahamilah, mereka jua penat menguruskan urusan rumah tangga siang dan malam. 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Bantulah mereka dalam menyelesaikan kerja-kerja rumah. Untuk suami yang isterinya bekerja, usah pula mengambil kesempatan membiarkan isteri pula yang membayar itu dan ini. Ingat, nafkah keluarga masih terletak dibahumu,bukan isteri. 

Ini hanya pendapat peribadi aku sendiri. Kadangkala, apa yang berlaku disekeliling kita, kiri dan kanan, depan dan belakang turut terkesan dalam jiwa. Pengalaman orang lain juga mampu mematangkan kita. Apa-apapun, terpulang jua pada budi bicara sendiri. Lain orang, lain pula pendapat dan pandangan. Terpulang.. kita yang menentukannya. 

Anda bagaimana?




Wednesday, 28 November 2012

Sekadar di pinggiran




Setia walau tak dipedulikan,

Menunggu walau tidak dinantikan,

Tersenyum walau tiada balasan,

Tertawalah walau hanya didalam hati..



Terkadang,

Kita hanya mampu melihat dan menilai,

Tapi apa yang dinilai,

Mungkin tidak akan sama dengan apa yang dirasa,

Berat mata yang memandang,

Sesugguhnya,

Berat lagi bahu yang memikul beban..



Hidup ini penuh dengan kejutan, harapan dan impian..

 Gambar google~

Pada mata yang memandang,

Letaklah dirimu pada tempat dia,

Jika sakit yang kau rasa,

Beerti dia juga merasai sakit yang sama..



Pada bahu yang memikul,

Bersabarlah,

Cuba bertahan selagi mana ia berbaloi buatmu,

Usah terburu membunuh penyebab rasa sakit itu,

Akan tiba waktu nanti,

Bahagia menanti insan yang sabar,

Kebahagiaan pasti berpihak pada yang benar..

Lambat atau cepat,

Ia pasti akan tiba...



 -----------------------------------

Sunday, 25 November 2012

Bukan salah hati

Bukan salah hati..
Andai jatuhnya sayang pada seseorang..
Bukan salah jiwa,
Andai merasa tenang saat terkenang,
Salahnya terjadi jika insan disayang-sayang,
Sudah menjadi miliknya orang..

Ya,
Kumbang bukan seekor,
Dan bunga bukan sekuntum..
Itu semudah katanya orang..
Hakikatnya..

Terkadang,
100 ekor kumbang ,
Tak akan sama dengan yang seekor itu...
Dan..
1000 kuntum bunga,
Tak akan sama harumnya dengan yang sekuntum itu..


 Gambar google~

Maka..
Biarkan saja si Luncai terjun dengan labu-labunya..
Kerana...
Hanya jauhari yang mengenal manikam..
Oleh itu..
Menarik rambut dalam tepung,
Rambut jangan putus,
Dan tepung jangan pula berselerak..

Jadi,
Tak akan ada hati yang terluka ..
Kan?..

Motif?..
Jaga pasangan masing-masing sebaiknya..
Jika dia memandang yang lain..
Mungkin...
Ada sebabnya????
Ohhh....

 Tersenyumlah.. 
Memberi bahagia pada orang lain juga satu kebahagiaan bukan?
^__^



Friday, 23 November 2012

Seperti dia..


Senyumannya..
Gelak Tawanya...
Tutur bicaranya..
Aku mahu yang seperti dirinya..

Kelakuannya,
Caranya..
Kematangannya..
Aku mahu yang seperti dirinya..


gambar google

Tiada lagi yang mampu aku titipkan..
Tiada lagi yang mampu aku katakan..
Selain hanya memandang dari jauh walau dekat..
Selain hanya membisu walau penuh kata bicara..

Aku mahu yang seperti dirinya..
Yang seperti dirinya..

 "Kita jarang dapat apa yang kita mahu, Tapi kita selalu ada apa yang kita perlu.."



Wednesday, 21 November 2012

Aku, lelaki itu dan ceritanya...


Petang tu dalam jam 6.50 pm, aku dengan beg camping berkejar-kejar naik LRT, penat tak usah cakaplah balik dari program explorace anjuran Bank. Masuk je dalam train, aku nampak ada satu tempat kosong, pandang kiri kanan, yakin tak ada orang nak duduk, jadi aku pun letak beg sebesar alam tu ke bawah dan terus duduk. Tiba-tiba beg aku ditarik ketepi.. Sorang lelaki yang duduk sebelah kiri aku yang tarik, dia cakap, takut orang langgar nanti. Aku senyum je dan say thanks. Penat . 

Dia bersuara lagi, tanya itu dan ini. Memula-mula aku malas nak layan. Memang malas. Apa dia cakap aku buat dengar tak dengar je. Dia tanya nama, aku tak bagitau. Dia cakap, x pela, itu hak awak. Dan dia terus bagitau nama dia. Train terus berjalan, bila train belok kiri kanan, bunyi rel bergesel, aku nampak lelaki ni seolah menahan sakit. Aku pandang dia, dia pandang aku. Dia tunjuk tangan dia. Memang tak sempurna macam kita yang lain. Seolah lumpuh. 

Dia pun bercerita, katanya, ada besi dalam tangan dia, bila bunyi guruh, bunyi besi bergesel, dia jadi sakit dan ngilu.. dan katanya lagi dia dulu rempit dan eksiden. Dia bersyukur tuhan jadikan dia begitu sebab, hikmah besar berlaku. Dia totally berubah. Dia yakin tuhan mahu dia insaf. Kalau tidak, mungkin dia tak jadi orang seperti sekarang. Lepas eksiden, dia malu nak bersemuka dengan orang lain, malu sangat sebab dia dah tak sempurna. Tapi lepas daftar dengan badan ‘OKU”, dia jadi lebih bermotivasi. Ada yang lebih teruk keadaan dari dia tapi masih mampu melakukan kerja seharian sama seperti insan sempurna. 


 Gambar Google~

Aku terdiam. Dalam diam, aku kagum. Dia masih bercerita sampailah aku sampai ke destinasi. Aku tengok orang lain dah pandang lain macam ngan aku dan dia. Entahlah.. Aku pun tak tahu nak fikir apa. Sebelum aku hilang dari pandangan dia, sempat pula dia berpesan, kalau jumpa nanti, tegur-tegurlah.. Aku?.. Hanya diam dan senyum lalu bergegas pergi tinggalkan dia... Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku masih berfikir tentang dia dan ceritanya.. 

Motif?.. motivasi itu ada di mana-mana, Terpulang pada kita dengan cara bagaimana kita menerima ia. Bagi aku, cerita tentang lelaki ini sedikit sebanyak mampu buat aku rasa sesuatu dalam jiwa.. Anda?.. terpulang...

---------------------------------------------------


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...