^_^

Monday, 29 October 2012

Andai kamu pilihanku..


Aku bukanlah seperti mana yang kau harapkan,
Bukan seperti apa yang kau bayangkan,
Tidak sebagaimana yang kau inginkan..
Kerana aku hanya seorang aku..

Andai  kamu pilihanku,
Khuatirku hanya satu,
Mampukah aku melihat bahagia akan datangku,
Bersamamu..
Sebagaimana bahagiaku yang dulu..

 gambar-google

Andai kamu pilihanku,
Tidak bermakna benar-benar kemahuanku,
Bukan maksudku melihat lemahmu,
Tapi ku ragu dengan rasa sendiri..
Terlalu bimbang tentang hati.
Bimbang salahku membuat keputusan,
Kerna kelemahan sendiri..

Benar,
Bukan mudah,
Bilamana bicara tentang hati,
Kadangkala perlu butakan mata,
Dan bukakan mata hati nurani,
Bibir bisa menipu,
Tapi hati tidak sekali..


Monday, 22 October 2012

Saat marah menguasai..

.
Bila kemarahan telah sampai pada satu tahap,
Saat itu tiada lagi dapat mampu menahan,
Luahkan segalanya pada sekeping kertas..
Lakarkan segala yang terpendam,
Tuliskan segala api kemarahan itu,
Letuskan semuanya menjadi satu karya api yang marak..
Dan kau akan merasakan satu resapan perasaan..
Yang beransur melalui peringkat penenangan..
Biarkan ia..
Simpan seketika hasil karyamu itu..
Usah biarkan ia menjadi santapan minda orang lain..
dan saat api kemarahanmu reda..
saat segalanya berarak beransur perlahan,
Tataplah semula segala karya panasmu..
Dan kau akan sedar..


gambar google

Bila rasa marah.
Betapa kamu kelihatan seperti seorang yang kehilangan warasnya,,
Saat kamu sedang dalam kemarahan..
Dan bayangkan andai ada yang membaca coretan mu itu?..
Andai ada yang menyaksikan segalanya?..
Lalu?.. padamkan saja coretanmu itu..
Lupuskan ia dari pandangan realiti..
dan andaikan saja kamu tidak pernah melakukannya..

Lega bukan?..
Bersyukur kerna hanya kamu yang tahu apa yang berlaku..
Saat marahmu memuncak..
Dan kamu akan tertawa sendirian..
Lucu barangkali..
Mengenangkan kewarasanmu yang hilang seketika..
Saat pengaruh kuasa marah yang tidak terkawal atas dirimu,,

Percayalah..
Andai sabar itu terlalu sukar..
Fikirkan bahawa..
Marah itu tiadalah kebaikannya..

 

Sunday, 21 October 2012

Kerana rasa sayang,,


Mengapa terkadang..
 Kita berulang kali..
Memberi rasa percaya ..
Sedangkan kita sedar ..
Kita pernah terluka kerananya..
Tapi tetap jua redha,
dan menerima setiap kata-katanya..
Kerana apa?..
Mungkin kerna adanya sayang..
                                                        
Mengapa terkadang,
Kita memberi  sempurna seadanya,
Walau tahu akan ada kesan yang mendatang,
Kerana sedikit pengalaman masa lalu..
Memberi sebuah pengajaran..
Kerana apa?..
Mungkin kerna adanya sayang,,,


 gambar google~

Mengapa terkadang,
Kita tetap terus percaya,
Sedangkan hati telah berkata..
Kau kan terluka dan tersakiti..
Berkali-kali..
Kerana apa?
Mungkin kerana adanya sayang,,

Kerana kasih dan sayang itu terlalu istimewa..
Maka kesakitan dan kesulitan ditelan jua..
 


Saturday, 20 October 2012

Rasa tak terluah


Bungkam..
Menadah segala rasa yang menghujani segenap jiwa..
Membiarkan segalanya memagari ruang nafas degupan ini..
Hingga sampai saatnya..
Bergegar jua lahar lubuk pendaman..
Yang sekian lama tersimpan ..
Terpendam tanpa dapat diluah..


gambar-google

Berikan aku kekuatan,
Agar dapat aku melalui segalanya..
Dengan penuh rasa sabar..
Tabah dan kental jiwa..
Biar pun dihati menangis meraung,
Tapi dibibir terukir senyuman..
Agar tidak kelihatan luaran..

Adakalanya,
Ada sesuatu..
Yang tidak mampu diluahkan..
Tidak bisa dikatakan,..
Kerana ada hati yang akan terluka..
Untuk itu..
Biarlah..
Semoga ada jalan terbaik..
Untuk semua..



Friday, 12 October 2012

Kerana aku terima nikahnya...


 Jumaat 12/10/12... 
Aku pecah rekod balik awal 5.10 pm.. 
Terpaksa cakap dengan senior team yang aku akan sambung kerja next coming Monday.. Huuu... 
Malu, tapi terpaksa..
 Sebab aku dah ada date dengan kawan-kawan..
 Layan movie kat KLCC...
 Semuanya kerana “Aku terima Nikahnya”..
Lakonan Adi Putra dengan Nora Danish yang comel. 
Wayang start at 5.30 pm, so dengan penuh kelajuan yang maksimum berlari2 aku dan kawan2 kejar LRT.. Masuk pawagam pun cerita dah start.. Hahaa.. Sempat pulak tu beli popcorn.


curi google~
 
So sweet... kan?.. kan?..

 Komen peribadi aku pasal cerita tu??? 
Dari 5 bintang , aku hanya mampu bagi 3 bintang saja.
Jalan cerita dia best, tapi terlalu simple.. 
Ringkasan cerita?.. Ok, aku cerita sikit. 
Adi Putra ni eksiden dan mengalami masalah ingatan. 
Dia hanya ingat mak ayah dia je, dan dia memang takde ingatan langsung kat isteri dia Nora Danish.
 
Cerita ini hanya mengisahkan ketabahan seorang isteri.. untuk memulihkan ingatan suami dia dengan bermacam2 cara.
 Memang sweet laa, aku tak nafikan.. tapi err.. korang layanlah nanti.. hahaa...  

Moral of this story.. Tabahlah menempuhi dugaan dalam rumah tangga.. 
dan jangan cepat putus asa..
 (eh, macam aku dah kawin plak?..haha)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...