^_^

Sunday, 30 September 2012

Hilang skill !!!


Dah lama rasanya aku tak post puisi-puisi ala-jiwang-menyentuh-hati..
 Rindu pulak rasanya.

 Bila ada idea, ada saja kekangannya, dan bila dah duduk depan lappy, tak ada pulak idea yang datang.. 

Fikir macammanapun idea tak nak masuk..
 Kalau adapun semuanya sumbang mambang.
 
Gambar goggle~

 Arrgggh,..

 Inilah akibatnya kalau dah lama tak menulis, otak pun jadi tumpul dan berkarat.
  Atau sebenarnya ... 

Mungkin hati ini kosong dan kosong dan kosong.. 

Arrgghh... aku rindu sangat-sangat nak menulis.. 


Saturday, 29 September 2012

Berakhirnya 6 bulan pertama..




Sekejap saja waktu yang berlalu.. Sedar tak sedar dah pun tamat 6 bulan latihan teknikal bergelar ‘FSTEP Participant” Walaupun selama ini aku rasa agak kekok melalui jadual harian yang sama, tapi sebenarnya ia adalah zone paling selesa sebelum menjejakkan kaki ke alam banking sebenar. Hanya fikir belajar dan belajar. 

Lepas ni aku akan mula berhadapan dengan orang ramai dan melalui segalanya sendirian. Selama ni dengan kawan-kawan.


Satu perasaan yang sukar digambarkan..
gambar google~

Saat melangkah keluar dari Bangunan Takaful semalam, sebaknya rasa hati tak dapat diungkap dengan kata-kata. Aku mengalami satu perasaan yang sangat aneh dan aku tahu ia adalah kesedihan bercampur dengan rasa gembira sebab berjaya jugak tamatkan latihan . Manakan tidak, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu dan pengalaman.

Isnin ini (1 Oktober 2012) dah start hari pertama menjejakkan kaki  berkhidmat untuk Bank yang sponsor aku selama ni. Bukan tak pernah jejak kaki, tapi kali ini rasanya lain macam sikit. Harap-haraplah segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan..

Dan... aku akan melalui 6 bulan lagi ‘theory application’... sebelum ditauliahkan..
chaiyo2..!


Tuesday, 25 September 2012

Kenangan semusim ~ Tidak akan tuakah kita?


Alhamdulillah..
 Aktiviti CSR FSTEP dengan kerjasama BSN telah pun selamat dijalankan. Banyak benda yang berlaku dan terkesan dijiwa.
 Masa mula-mula ada ura-ura merancang nak pergi sana, aku rasa tak selesa dan kurang yakin. Tapi bila aktiviti ni dah confirm dan tarikh pun dah tetap, aku terasa semakin berdebar menanti hari untuk melangkah ke sana. Aku tak tahu kenapa. Macam-macam rasa yang terbayang dalam jiwa. 

Sehari sebelum pergi, malam tu aku buka video yang member post berkenaan dengan Rumah Jagaan dan Rawatan orang tua Al-Ikhlas ni.  Dan tanpa sedar, aku menangis. Sedih. Aku dah dapat gambaran apa yang akan berlaku di sana nanti. 

Ternyata, apa yang aku takutkan, berlaku. Apa yang ada kat sana?.. dah tentu orang-orang tua yang telah uzur dan semakin tidak berdaya untuk menguruskan diri mereka sendiri. Aku sedih, sebak dan terasa sangat kesal dalam hati. Ada diantara mereka yang masih gagah berdiri dan berjalan, namun ada juga yang terbaring lemah. Nak makan pun lemah dan kurang berupaya.. Aduhai.. sentap!..

Melalui cerita yang disampaikan oleh owner Rumah Jagaan dan Rawatan orang tua Al-Ikhlas ni (Pn Muji), aku tahu banyak cerita tentang anak-anak yang tak mengenang jasa dan membiarkan ibubapa mereka tanpa jagaan yang rapi. Sedih.. Memang sedih.. Ada juga yang sanggup tinggalkan bapanya yang lumpuh diatas kerusi roda ditepi jalan. Ada yang sanggup kurung mak dalam sangkar . Duhai anak!!..  

Kebetulan , aku ditugaskan dalam group ‘sharing session’. Dan sebetulnya, tanggungjawab itu membuatkan aku cuak dan risau. Apa yang akan aku bualkan?.. Nak tanya pasal apa?.. Soalan sensitif?..Aku Cuma takut satu benda jer, aku takut diorang menangis, dan aku akan turut menangis sekali.. huu.. 

Tapi ternyata aku cukup kuat untuk melaluinya.. Aku dekati mereka, (tapi bukan semua laaa..)..  Rata-rata berusia dalam lingkunga 70an.. (Kalau aku tak silapla...) Aku mulakan dengan perbualan biasa.. da makan?.. sihat?.. dan macam-macam la soalan yang senang untuk dijawab dan tak perlu nak tekan calculator kalau nak jawab. Bila tengok respon ok, aku start tanya mendalam sikit.. tanya pasal anak-anak, kerja dulu, duduk mana, dah lama ke kat sini.. 
Hasilnya, banyak jawapan yang aku terima, dan masih banyak juga persoalan yang  bermain dijiwa. Kenapa dan mengapa dan bagaimana... semuanya masih bermain dalam minda..

Bila tiba time makan, aku cuba untuk suapkan mereka makan, hulurkan minuman, dan urut-urut kaki mereka mana yang aku mampu.. (walaupun aku tak pandai pun mengurut).. Sedih aku tengok.. Ada sorang makcik tu menolak bila aku mintak untuk suapkan dia.. Katanya “nanti esok, kena makan sendiri jugak’’.. Alahai.. huu,,, tersntuh rasa hati..  Ada pula yang asik menangis bila didekati.. Mungkin teringat anak-anak..  anak-anak yang dah tinggalkan dia kat situ.. anak-anak yang tak penah datang menjenguk.,,, Aduhai anak!

Saat itu, aku segera teringat kat nenek kat kg, bundaku tersayang.. Abah yang ku kenang.. Hu.. Sesungguhnya aku sangat sayangkan mereka..(walaupun kadang2 merungut dan tak dengar cakap..).. huuu.. Waktu nak balik, masa dah bersalam-salam, ada sorang makcik tu tarik tangan aku.. dia cakap , dik.. jum borak-borak kat surau, kat sini bau hancing,,.  Aku?.. aku terdiam dan cakap kat makcik tu, saya nak balik dah makcik.. huu.. sedih plak aku.. 

Saat melangkah keluar, aku toleh belakang, sesaat, bergenang jua airmata yang aku cuba tahan-tahankan.. Bukan sebab sedih nak tinggalkan mereka, tapi sedih sebab ada anak-anak yang sampai hati membiarkan ibu bapa mereka tertinggal di situ.. dan ada yang tidak pernah datang menjenguk langsung.... Duhai anak!!
Sesungguhnya, seorang ibu, mampu menjaga sepuluh anak, tapi, mampukah sepuluh anak itu menjaga ibunya?.. Mampukah?...

Ya Allah Ya Tuhanku.. Jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah.. Yang mampu membahagiakan kedua ibubapa kami.. Bantulah kami menjaga mereka sebagaimana mereka telah menjaga kami dari kecil sehingga kini. Berikanlah kekuatan dan kesabaran yang tinggi kepada kami untuk tidak menyakiti mereka  jika kami tidak mampu membahagiakan sekalipun.. Jika tidak sempat untuk kami memberi bahagia itu, maka kau permudahkanlah segalanya..

Terima Kasih mak dan abah.. Terima kasih untuk segalanya...
Alfatihah buat abah tersayang.. ~
~sekadar berkongsi rasa~

Monday, 24 September 2012

Cerewetkah aku?




Aku rasa aku orang yang simple je..

Tapi dalam banyak hal,
Rupa-rupanya aku ni banyak songeh jugak..
Kesian insan sekeliling aku..
Terpaksa hadap jugak..
Perangai aku yang serba tak kena ni..
Cerewetkah aku?

Aku tak suka tengok pinggan mangkuk ada dalam sinki..
Setiap kali lepas makan,
Kalau boleh,
Semua orang harus basuh pinggan sendiri..
Kosongkan sinki..
Cerewetkah  aku?

Aku tak suka cadar dalam bilik tak tegang,,
Setiap pagi mesti kemas tersusun..
dan juga setiap malam sebelum masuk tidur..
Cerewetkah aku?


 Gambar -google~

Aku paling pantang kalau barang-barang aku berusik..
Tak suka!..
Even bergerak sikit pun aku boleh perasan,,
Cerewetkah aku?

Aku paling tak suka kalau benda yang aku tahu aku letak kat situ,
Dah beralih tempat...
Argghh,,, stress..
Kalau dah pakai,
Haruslah pandai simpan semula..
Cerewetkah aku?..

Aku bukanlah rajin mana pun..
Sama je ngan orang lain..
Kalau tiba time malasnya,
Aku boleh jadi orang paling malas dalam dunia..
Tapi kalau mood rajin tiba,
Jangan tegur..
Nanti satu benda tak jadi..

Aku boleh jadi stress sepanjang hari kalau stress sebab benda simple macam ni..
Cerewet kah aku?..

Maaf .. ini lah aku..
Aku yang complicated ..~

Sunday, 16 September 2012

Syahdu Syawal Terakhir



Harini, terasa sangat sayu..
Syawal telah pun melabuhkan tirainya...
Syahdunya masih lagi terasa,
Seolah-olah ia baru semalam..

Terngiang-ngiang,
Suara takbir memecah keheningan malam,
Sebagai tanda kemenangan umat Islam,
Menyempurkan tuntutan Illahi..


gambar google

Terbayang-bayang,
Kemeriahan pagi raya,
Suara riuh rendah ahli keluarga yang semakin berkembang,
Bertangis-tangisan,
Bermaaf-maafan,
Berbalas kunjungan silaturrahim...

Harini ini,
Semuanya telah pun berlalu,
Menjadi sebahagian sejarah semalam,
Yang akan berulang lagi,
Untuk kesekian kalinya..

Masihkah ada Ramadan akan datang buat kita?..

Mati itu pasti..
Hidup?.. InsyaAllah..
 

Tuesday, 11 September 2012

Masih di sini


Menanti aku di kamar mimpi yang sepi,
Mencari-cari arah yang pasti,
Puas sudah merata ku jelajahi,
Dan akhirnya aku tertunduk sepi..
Sepi aku sendiri..

Sepi sebuah lorong maya,
Tempat mengalirnya deras alunan luahan sanubari,
Yang terkadang mengundang satu lonjakan emosi,
Melepaskan lelah dan segala robekan jiwa,
Ceritera cinta, kehidupan , dan pelayaran bahtera  rasa..


 gambar-google ~

Segalanya terpateri di sini,
Bukan sengaja ku biar lorong curahan rasa ini terbiar,
Dimamah usang,
Ditinggal sepi,
Dilupai..

Sekadar menyinggahi ,
Ingin ku labuhkan sauh kata-kata,
Bahawa aku masih di sini,
Menjadi pemerhati yang sepi,
Menanti sebuah pengemudi,
Melayari kehidupan yang penuh hakiki..

Aku masih di sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...