^_^

Tuesday, 14 August 2012

Aku bukan sesiapa

Aku bukan sesiapa bagi kamu,
kamu,kamu dan kamu
Hanya seorang kawan,
Seorang kawan yang biasa..

Terkadang,
Kita mula jatuh sayang dengan mereka yang rapat dengan kita,
Tapi baru ku sedari,
Bukan semua orang yang kita sayang,
Boleh menyayangi kita sebagaimana kita sayang padanya..

 gambar google ~

Terkadang,
Kita saja yang mengingati,
Kita saja yang merindui kenangan yang ada,
Sedangkan mereka,
Ternyata,
Mungkin tidak pernah mengingati hadirnya kita,
Dalam musim-musim yang telah lalu..
 
Aku belajar sesuatu,
Usah terlalu mengingati mereka yang jauh,
Yang jauh itu mungkin sedikit demi sedikit telah melupakan,
Usah terlalu berharap dengan mereka yang wujud pada kenangan lalu,
Itu cuma musim yang telah berlalu..

Hargai mereka yang di depan mata,
Bukan bermaksud melupakan yang lalu,
Tapi menyiapkan diri agar tidak terlalu melukai hati,
Saat melihat hakikat yang nyata..

Aku bukan sesiapa...



Friday, 10 August 2012

Selamat hari lahir sayang..



Tarikh ini datang lagi,
Membawa bersama seribu satu kenangan,
Yang tidak akan pernah sama,
Seperti tahun-tahun yang berlalu..

Tarikh ini datang lagi,
Membuka satu lagi dimensi baru,
Bertambah lagi angka satu pada rentetan usia,
Menjadi titik tolak diari hari kelahiran,
Dan sejarah baru akan mula tercipta..


 gambar google~

Tarikh ini datang lagi,
Biarpun bahagianya hanya empunya diri yang rasa,
Namun tempiasnya tersebar pada mereka-mereka yang teristimewa,
Terpamer, luhur dari senyuman,
Tatkala menerima ucapan dan tanda ingatan,
Ikhlas dari mereka-mereka yang membahagiakan..

Tarikh ini datang lagi,
Syukur dipanjatkan padamu Tuhan,
Di atas segala kurniaan,
Semoga tarikh ini menjadi satu lagi lakaran dalam diari kehidupan,
dan membawa lebih keberkatan..

Selamat hari lahir sayang..

Thursday, 2 August 2012

Ditelan pahit, dibuang sayang



Terkadang,
dalam hidup ini,
Kita tidak mampu untuk sentiasa berlaku jujur,
Bukan bermaksud menidakkan kebenaran,
Mahupun menyembunyikan sebuah hakikat yang nyata,
Tapi cuba untuk menyelamatkan sebuah keadaan..


gambar google~

Terkadang,
Meluah kata itu perlu,
Menzahirkan sebuah kenyataan,
Namun percayalah,
Kenyataan itu tidak semuanya mampu ditelan..

Terkadang pula,
Berdiam diri juga ada hikmah tersendiri,
Menyimpan sebuah kebenaran,
Demi suatu ikatan,
Biarpun adakalanya menelan seorang diri itu seperti melukai hati sendiri,
Namun biarlah ia terluka andai ada yang bahagia.
Biarlah..

Apabila tiba detik itu,
Bijak-bijaklah mengemudikan bahtera perasaan,
Bimbang pula karam ditujah ombak kehidupan yang ganas,
Berfikirlah dengan akal yang waras,
Akan sampai masanya nanti,
Semuanya akan kembali seperti sediakala..
Masa akan menentukannya..
Bersabarlah..

Wednesday, 1 August 2012

Ogos dihatiku


Dalam setiap tahun,
Aku selalu menanti hadirnya bulan Ogos,
Aku selalu rasa bulan Ogos ni special,
Padahal ia sama saja macam bulan-bulan lain...
Special bagi aku, mungkin hanya untuk aku..

 gambar google~

Ogos yang dinanti..
Antara bulan paling ramai yang akan sambut bufday in my big family,
Aku sendiri, akak, akak ipar, abang ipar ngan anak buah..
dan juga ulangtahun perkahwinan my parent..
Mungkin sebab tu aku rasa ia berbeza..
Dan tahun ini, bakal menjadikan umurku naik 1 tahun lagi..

nak tahu rahsia kelahiran bulan 8?
KLIK SINI

Ogos yang dinanti,
Menyambut ramadhan dan Syawal dalam bulan ini juga bagiku bagai satu rahmat,
Melengkapkan lagi istimewanya ia dihatiku,
dan,
Aku macam merasakan sesuatu yang istimewa,
bakal menyusul kelak..
Semoga ia menjadi nyata..
InsyaAllah..

Salam 12 Ramadhan 1433h
(Selamat hari lahir buat semua yang lahir sepanjang bulan ini)


Segmen : Saya nak Kad Raya dari YUYU

Tetiba rasa nak join segmen..

Jum join..


Tamat pada 5 Ogos 2012, 12 am
Selamat bersegmen..

>_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...