^_^

Tuesday, 31 July 2012

Hilang kosentrasi


Exam datang lagi..
Will sit for exam on this Thursday..
Preparation???..  oh ho..
Esok cuti khas untuk exam preparation..
Hoping that  my 120 %  focus on this coming exam..
Exam apa??
All about banking, financial and related topic..

 curi gambar google ~
 trying to focus!!!

Rasa kurang bersemangat lately ni,
Macam ada yang mengganggu tangkai hati..
Apakah?..
Tettt,,,

Ramadhan sudah masuk minggu kedua..
Alhamdulillah, semuanya baik2 saja..
Semoga ada berita gembira bakal menyusul sempena Ramadhan ini..
InsyaAllah...

Wich me luck for this exam...
TQ ya,, =)

Thursday, 26 July 2012

Mencintai malam


Ku peluk erat, rapat dan kejap,
Bayang-bayang malam yang ada dan tiada,
Seolah enggan melepas ia pergi,
Kerna inginku hanya pada detik itu.

Biar pun gelap mewarnai dunia,
Namun masih ada sinar disebalik angkasa,
Simbahan rembulan yang terkadang ada dan hilang,
Ditemani bintang bintang kejora,
Bak kerlipan gemerlapan mutiara..


Gambar google~

 
Aku mencintai malam,
Salahkah aku punyai rasa itu?..
Menanti saat berlabuhnya tirai siang..
Agar bisa aku miliki lapangnya waktu..
Memejamkan mata,
Merenung sedalamnya satu persatu,
dan kembali membingkai untaian impian
Apa sebenar mahunya hatiku..
 Mungkinkah ia bisaku genggam..?

Percaya pada hati..

................................

Sunday, 22 July 2012

Makan Indian Style



Last Friday, a day before fasting month, we all  group Brilliant seramai 20 orang under Mr Logha keluar lunch area Masjid Jamek. 
Yang bestnya, semua di sponsored oleh Mr Logha. Terbaiklah!!!!.. Thanks a lot yer sir.. 
Makan nasi beriani beralaskan daun pisang dan menggunakan tangan!!!. 
Jangan tak percaya, member2 yang berbangsa cina juga turut menggunakan tangan. 
Jum layan gambar-gambar snap using cikai phone di bawah.. heheh.. 


Meja dah di reserved special for us, TQ Mr Logha..



Lauk pertama yang diletak atas daun pisang, nice presentation.




Antara lauk-lauk tambahan, ikan goreng, sotong dan daging sampai tak termakan-makan



Nasi yang aku pilih, nasi beriani dengan mutton, (kalau nak nasi kosong pun boleh). Siap ada telur rebus, papadom, dan bawang racik.



Nasi beriani yang dah dicampur dengan daging, sedap sangat tapi agak spicy.. mungkin sebab rempah ratus yang digunakan



Yang ni pulak, nama dia payasam, rasa dia???? Lebih kurang macam manisan la, agak manis dan terasa jugak rempah ratus dalam dia, kalau minum sampai habis, akan terasa kismis dan biji gajus dalam dia



Yang ni pula, nama dia rasam. Ala-ala tomyam sebab agak spicy... makan dengan nasi. Aku suka rasa dia, sebab terasa masam-masam pedas gitu..



Lepas makan, daun pisang harus ditutup dengan melipatkan bahagian yang atas kebawah. Itu tandanya kita dah habis makan. Memang kenyanglah..




Inilah dia restaurant yang we all pergi tu.. Area LRT Masjid Jamek..

To those yang teringin nak rasa masakan India, bolehlah try restaurant ni.. Terbaik!!..


Saturday, 21 July 2012

Kisah Satu Ramadhan



Hari pertama puasa, terlewat bangun sahur. Rasanya dah kunci jam pukul 4.30, tapi tak sedar pulak, jam 5.15 am baru terbangun. Kira ok lah tu. Sunat melewatkan makan sahur. Tapi mujur nasi dan lauk semua dah siap masak malam semalam, jadi sempat lah menjamah nasi untuk sahur. Harapnya esok boleh bangun lebih awal, jadi tak perlu tergopoh-gopoh.

gambar google~

Menarik hari ini, dapat  hadiah sebentuk cincin dari my sister.. Macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya. Pilih punya pilih akhirnya dapat juga yang boleh tersarung dijari. Susah rupanya nak memilih cincin ni, Yang kita berkenan, saiz tak sama. Boleh je kalau nak alter, tapi leceh la. Jadi ambil yang dah siap saja. 

Pertama kali memilih cincin sendiri, terasa sangat siksa.

Sebab? Tak pandai buat pilihan, semua rasa cantik, tapi tak sesuai dengan jari. Alahai.. em. hehe.. Apa-apa pun, terima kasih banyak yer my sis Ms Ina. Hehehe... entry ini khas untuk kamu.. Mumuah.... hehe..

p/s : Emas sekarang makin mahal.. Even tak berapa berminat dengan barang kemas, tapi kadang-kadang pakai juga.. Orang cakap cincin itu pemanis jari.. orang lah cakap.. hehhe..


Friday, 20 July 2012

FSTEP batch 9 Intake – Now open!



Tawaran untuk semua graduan lepasan ijazah yang berminat untuk menyertai sektor perbankan kini dibuka. Jika anda memenuhi semua syarat dibawah, 
usah lepaskan peluang ini kerana peluang yang baik hanya datang pada mereka yang berusaha menjadi yang terbaik. 
Bukan senang nak menempatkan diri dalam sektor perbankan tau =)


FSTEP- Batch 9 intake is now open!!!!

gambar google~



Apa itu FSTEP?
FSTEP atau Financial Sector Talent Enrichment Program adalah idea Gabenor Bank Negara Malaysia iaitu Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang diuruskan oleh Institut Bank-Bank Malaysia. 
Objektifnya untuk melatih dan menyediakan graduan berkaliber untuk pekerjaan di institusi perkhidmatan kewangan.

Menarik tentang FSTEP
Anda dibayar elaun bulanan sebanyak RM 2,200. 
Satu tahun latihan merangkumi 6 bulan dalam kelas &
 6 bulan lagi latihan disektor perbankan. (Bergantung pada bank/institusi kewangan yang menaja anda.). Merasai pengalaman latihan OUTWARD BOUND di lumut , perak. (uish... memang terbaik!!!)

Syarat-syarat
Berumur tidak lebih 30 tahun, Fasih berbahasa Inggeris, CGPA 3.25 dalam sebarang bidang pengajian. 

Berminat? 

Tarikh tutup
15 Oktober 2012


p/s : sekadar memberi info pada graduan yang berminat dalam banking industri.. :)

Thursday, 19 July 2012

Ramadhan kali ini



Gembiranya rasa hati bila terasa bahang Ramadhan semakin menghampiri..  
Tak tahulah kenapa,
 tapi terasa macam tak sabar sangat nak merasai kehangatan Ramadhan kali ini. 
Persiapan?.. segalanya seperti biasa, tapi ada juga tanam azam dalam hati untuk mendapat berkat dan 
Ramadhan yang lebih baik dari sebelum ini. 
InsyaAllah. 


gambar-google~

Orang cakap, jika niat kita baik, Allah akan permudahkan semuanya. 
Ikhlaskan diri dan lakukan segalanya dengan tulus.
 Di kesempatan ini, ku hulur ampun dan maaf atas apa2 jua ketelanjuran bicara. 

Disertakan juga niat sahur


 Sengaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala


Salam Ramadhan 1433 buat semua yang membaca belog picisan ini.. 
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.. 
InsyaAllah..


Wednesday, 18 July 2012

Kalau bukan jodoh




Kasih yang ditatang tidak terjulang,
Benang cinta dikait tidak terjahit,
Benih sayang disemai tidak lagi bercambah mekar,
Usah ditanya lagi mengapa dan kenapa ia terjadi,
Terkadang kita sendiri tiada jawapnya

Biar bertahun cinta bersemi,
Biar bertaut erat janji bersimpul mati,
Biar segunung harapan dan impian terukir dibintang sanubari,
Tanpa takdir yang menyatukan dua hati,
Mustahil akan tercipta satu ikatan izin berwali.



gambar google~


Jika ia terjadi,
Kekecewaan kerana terputusnya penyatuan janji,
Maka pujuklah hati,
Biarpun ia terkadang terjadi berulang kali,
Namun harus percaya pada takdir Illahi,
Kesakitan itu bisa buat kita lebih berhati-hati,
Untuk menyerahkan sucinya sekeping hati..
Sekali lagi...

Take it easy... Cinta datang dan pergi.. >_^


Tuesday, 17 July 2012

Mungkin itu lintasan rindu



Sedang hati tidak lagi mengingatinya,
Sedang bibir tidak lagi menyebut namanya,
Sedang minda tidak lagi membayangkan wajahnya,
Sedang akal tidak lagi memikirkan ia,
Lalu mengapa pula hadir dirinya dalam indah lelap ini..

Tertanya-tanya,
Mengapa dan apa sebabnya..




gambar google~


Cerita itu telah lama tersimpan dalam kitab hati,
Jauh tersorok dari gapaian pandangan ini,
Dan kuncinya hancur lumat dimamah bisikan jampi sakti,
Hilang dan tiada lagi dalam realiti.


Namun masih jua bisa ia menjejaki,
Lantas menyelinap dalam lenanya mimpi,


Amanlah hati,
Kerana ia hanya mimpi,

Yang mungkin jua lintasan rindu yang sepi..


Wednesday, 11 July 2012

Duit di mana-mana


Kalau cerita pasal duit ni, macam-macam isu keluar. Baru habis belajar, dah kena fikir nak bayar hutang pendidikan, apalagi kalu bukan PTPTN. Untung la yang mak ayah sponsored,  tak perlu susah pening kepala fikir hutang yang menimbun. Bertuah juga pada para graduan bijaksana yang berjaya bergraduasi dengan Kelas Pertama. Sebab, tak perlu bayar semula pinjaman PTPTN. 

Aku?.. tak layak.. hahaha.. Kan best kalau kelas kedua atas pun leh convert to biasiswa, tak pun bayar separuh dari jumlah pinjaman. Sapa sokong?.. hahah..angguk2...


 Gambar-google~

Baru mula kerja, dah nak fikir pasal transport pula, nak beli kereta. Beli cash?.. Memang takkan mampulah kan.. So, terpaksa apply loan. Dan akhirnya menambah hutang.. betul tak?..  

Baru ada duit sikit, dah nak kahwin. Nak buat camna, tunggu lama-lama nanti dikebas orang. Duit tak cukup, jadi apply loan peribadi. Setiap bulan hutang bertambah lagi dan lagi..

Bila dah kahwin, komitmen bertambah. Bayar itu dan ini. Belum lagi ada anak. Belum lagi ada komitmen untuk rumah. Kad kredit lagi. Kira punya kira, baru sedar, ansuran kereta tertunggak. Sikit lagi dah nak kena tarik. Nak tak nak, tpaksa juga pinjam mak bapak, pinjam sedara mara..  alahai… Camno?? 

Kesimpulan, pandai2 la buat belanjawan setiap bulan .. Kadang-kadang, duit yang banyak pun, kalau tak berkat, sekejap saja habisnya... kan?.. Hmm..  Duit oh duit,,,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...