Wahai anak
Jika masih punyai ibu,
Sayangilah ibumu sepenuh hatimu,
Jagalah hatinya meski terkadang hatimu sendiri terluka,
Jika harini dia didepan mata,
Mungkin esok tiada lagi senyumannya.
gambar-google
Wahai anak,
Jika masih punyai ayah,
Hormatilah ayahmu seiklhas hatimu,
Usah dibiar dirinya sendirian termangu-mangu,
Menanti hadirmu sebagai pengubat rindu.
Wahai anak,
Jika hari ini matamu masih dapat menatap wajah mereka,
Bersyukurlah..
Jika hari ini telingamu masih dapat mendengar gelak dan tawa
mereka,
Marah dan bebelan mereka,
Hargailah,
Jika hari ini tanganmu masih mampu mendakap peluk tubuh
mereka,
Bersyukurlah..
Hargailah mereka..
Sayangilah mereka seada-adanya,
Peluang itu akan hilang tatkala tiba masa yang telah
dijanjikan,
dan tatkala itu,
Usah lagi menyesal kerana kasih sayang yang terabai,
Janji-janji yang tidak tertunai,
Sesungguhnya pengorbanan dan jasa ibubapa tiada nilainya..
Rindu..~














