^_^

Wednesday, 30 May 2012

The power of power suit



Apa itu power suit?
Ia adalah sepasang pakaian formal ala-ala korporat..
Macam yang kita selalu tengok kat drama melayu cerita korporat tu..

Yang pakai kot/ blazer/ suit..
Pernah tengok orang pakai power suit?
Confirm pernah kan..

Pernah pakai?..
Bergantung pada kerjaya anda..
Jika anda bekerja dalam bidang yang berhadapan dengan ramai orang,
Berurusan secara formal dalam majlis atau acara tertentu,
Ada seharusnya ada dan perlu ada Power suit..

Kenapa?..
Imej dan prestij..
Perlu ke?
YA!!!..


Contoh power suit bagi lelaki
-google-


Contoh power suit bagi perempuan, smart kan?
-google-


Yang ini pula contoh untuk skirt labuh, untuk pengetahuan, lebih gelap warna suit, maka ia akan kelihatan lebih korporat dan formal
-google-

Dan jangan terkejut dengan harganya..
Mencecah ratusan ringgit bergantung pada kualiti dan jenama..
Itu belum lagi kira harga kasut dan beg tangan..
serta beberapa aksesori tambahan yang lain..

Mood ~ pening kepala sebab lepas ni dah kena pakai power suit setiap Jumaat.. huhuh..


Wednesday, 23 May 2012

Syukur pada-Nya - Doa mencari barang hilang

 
Alhamdulillah…
Sesuatu yang ku  khabarkan hilang itu,
(dalam entry INI)
Telah pun ditemui..


 gambar google


Apa yang hilang itu rasanya biarlah rahsia..
3 hari dalam usaha mencari,
Dan telah pun ditemui setelah mengamalkan doa ini..


 sumber - web darussyifa & blog ini

 
Alhamdulillah..
Segalanya dipermudahkan..
Syukurku padamu tuhan..

Terima kasih pada yang turut mendoakan..
Terima Kasih..

 

Tuesday, 22 May 2012

Moga ia ditemui



Dah 3 hari..
Kehilangan sesuatu yang sangat penting..
Dah puas cari satu rumah..
Air mata juga turut tumpah..
Ntah kemana hilangnya pergi..
Masih berharap agar ia ditemui..
Mencari dan terus mencari..
Disamping mengamalkan doa ini..

 sumber - web darussyifa & blog ini

Dengan Izin-Nya..
Semoga ia ditemui kembali..
InsyaAllah..

Ya Allah..
Permudahkanlah segalanya..

Monday, 21 May 2012

Suara dalam hati..



Bukan mudah untuk menonjolkan kelebihan diri,
 Andai tidak berada dikalangan mereka yang memahami,
Kadangkala berdiam seketika itu menjadi punca kepada keterasingan,
Samada dalam diri,
Mahupun dengan keadaan sekeliling.
Apabila persepsi pertama itu berlalu,
Maka tiada lagi peluang itu..
 
 
 
 gambar milik google
 
 
Diam dan terasing,
 Dalam dunia yang bukan milik sendiri,
Biarpun cuba untuk berdiri diantara mereka yang berlari,
Namun ada jurang dalam yang harus ditangani,
Sesak dan lemas memayungi kegelisahan sanubari,
Menanti segalanya segera berakhir dengan pasti.

Sesungguhnya,
Betapa sukar menyuarakan hasrat dalam hati,
Apabila usaha yang diberi tidak dihargai..
Apa yang pasti,
Ia memberi pengertian terhebat,
Menguatkan lagi motivasi diri,
Untuk terus berdiri dan berlari…

Katakan kamu boleh..!!

Sunday, 20 May 2012

Ku cuba seadanya



 Gambar-Google


Kalaulah..
1 badan boleh belah-belah jadi 4 bahagian,
Pasti tak akan ada hati yang akan terasa sakit dan kecewa,
Tak akan ada rasa marah atau jauh hati..
Juga tak akan ada memendam rasa dalam jiwa..

Tapi itu hanya khayalan..

Aku,
Hanya manusia biasa,
Yang hanya punyai 24 jam sehari,
Dan 7 hari seminggu..
Mana mungkin ..
Dapat berada pada banyak tempat yang berlainan pada waktu yang sama,
Mana mungkin dapat memberi semua yang datang tanpa diduga,
Mana mungkin dapat menyediakan segala yang dipinta..
Mana mungkin dapat memberi bahagia pada semua dalam sekelip mata..

Jika hari ini,
Aku menyakiti,
Melukai kerana kekurangan diri,
Bukan maksudku untuk menghindari atau menjauhi..
Maaf..
Hanya itu termampu ku ukir ikhlas dari hati..
Aku tetap akan mencuba memberi seadanya..
Sedaya upaya..



Sunday, 6 May 2012

Barbeque Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor


Hari cuti adalah hari yang sangat aku tunggu-tunggu. Tak kiralah cuti apa pun, janji cuti..  Bahagianya bila  dapat melapangkan minda dan jiwa raga.. ececeh.. hehe.. Nak-nak lagi bila dapat merehatkan diri join aktiviti bersam kawan-kawan.

Kali ini kawan-kawan seperjuangan sudah pun merancang aktiviti perkelahan, dan akhirnya Sg Congkak dipilih sebagai destinasi terakhir. Jum layan gambar-gambar yang sempat dirakam semasa di sana.


 Pintu masuk ke kawasan perkelahan Sungai Congkak




Antara team yang join





Pemandangan di kiri kanan jalan sebelum sampai ke tapak perkelahan



  
Pokok-pokok hutan yang sangat cantik dan saujana mata memandang



  
 Salah satu view yang aku rasa menarik, air sungai yang mengalir sangat sejuk ok!




Aktiviti utama, barbeque yang sedap.. nyam..nyam..


 
 Taraaaaaaa.. ayam yang dah siap masak.. terlalu banyak sampai tak habis dan terpaksa bawa balik.. hehhe..



Marshmallow bakar .. Tak sangka sangat sedap bila dibakar, tapi serius sangat manis.. Yang tak suka manis, better makan camtu jer.. hehhe


Korang yang duduk area selangor dan KL, confirm familiar dengan Sg. Congkak kan?... Air sungai dia sangat sejuk kan???.. hehhe.. Seronok kalu pergi ramai-ramai.... so, ape lagi.. jum cuti2 lagi... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...