^_^

Sunday, 22 April 2012

Rumah Peranginan Persekutuan Morib, Selangor


Sekadar berkongsi gambar-gambar yang menarik semasa bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan Morib beberapa minggu lalu. Perjalanan dari Lebuhraya Ampang ke Kawasan Morib memakan masa hampir 1 jam 30 minit.

Secara jujurnya, Pantai morib memang mendamaikan jiwa pada yang sukakan saujana mata yang memandang. Tapi pada sesiapa yang mahu bermandi manda, sebaiknya, pergilah ke kawasan pantai peranginan yang lain kerana dibimbangi anda akan kecewa.

Bukan tidak boleh mandi, tapi air laut yang hanya separas lutut orang dewasa, mungkin tidak sesuai untuk anda yang ingin berenang di lautan yang luas.


Pemandangan senjakala yang sangat cantik



Bilik tidur yang selesa dengan penghawa dingin






Gambar dari pandangan belakang, ruangan yang luas dan terdapat bilik mandi tambahan di ruangan bawah



Tapak untuk barbeque turut disediakan



Terdapat7 buah chalet yang berlabel nama pulau di malaysia di Rumah Peranginan Persekutuan Morib


Walaupun percutian ini hanya percutian ringkas dan agak kelam kabut kerana terpaksa ulang alik untuk menghadiri kenduri sepupu, Tapi ternyata mampu memberikan kepuasan. Apa yang penting, masa bersama keluarga itulah yang sangat berharga dan paling bermakna.
Jom bercuti...

p/s ; Rumah Peranginan Persekutuan ini adalah rumah peranginan kakitangan kerajaan..

* font dan warna dah di ubah semula.. tq pada yang respond.. =) *


Saturday, 21 April 2012

Renovation day 32

gambar-google

.

Nothing much to say..

Just a little bit expression of life..

Masuk hari ni,

Dah 32 hari makan dan tidur dalam jerebu..

Because of house renovation..

Hoping that everything is going to be fine as usual as soon as possible..

10 more days.. perhaps..


Renovate rumah ni memang memenatkan..

Banyak benda kena uruskan..

Macam orang baru pindah pun ada jugak..

Angkat segala tok nenek barang-barang..

Dari sekecil-kecil barang, sampaila sebesar-besar alam almari kena angkat…

Ia memenatkan,

But satu pengalaman baru yang besttt,,


(Maklumlah tak pernah merasa berpindah sejak kecil.. hehe)



Tuesday, 17 April 2012

Lamaran yang terlewatkan

.

Terkadang,

Sebuah penantian itu,

Terlalu panjangnya hari dengan setia di hati,

Menunggu panggilan dari satu sudut dimensi,

Penuh pengharapan..


Dengan doa kudus tanpa berpenghujung..

Hari-hari yang dilalui dirasakan semakin menghimpit naluri,

Tersesak oleh nafas ketakutan dan kecelaruan sendiri,

Atas desakan dari segenap penjuru,

Kerana terus berharap dan berharap,

Agar titik akhir permulaan cerita ditemui.


Sehingga satu hari,

Harapan itu hampir mati,

Dengan nafas yang hampir terhenti,

Dan..

Terus pergi membina laluan kemudinya sendiri..



gambar-google~




Tanpa diduga dan terduga,

Satu persatu harapan yang ditunggu menjelma,

Menampakkan bayangan yang sasa,

Dan lamaran itu terzahir jua,


Apa lagi yang boleh dikata,

Saat ia datang,

Hati itu telah pun pergi,

Beku dan terkaku,

Tidak mampu menoleh lagi..

Lamaran itu telah pun terlewat menembusi tangkai hati…


kita hanya mampu tersenyum saat melihat harapan yang ditunggu muncul disaat kita telah pun menggengam satu kenyataan..




Sunday, 15 April 2012

Bukan blogger tegar

'

Sekejapnya masa berlalu..

Separuh bulan April sudah berakhir…

Pejam celik pejam celik segalanya berlalu begitu pantas sekali..


Tanpa sedar,

Banyak benda sudah pun kita lalui dalam tahun ini.

Semakin hari,

Semakin sibuk dengan aktivit harian.

Dan, akhirnya blog ini semakin terbiar sepi.

Di saat ini aku mulai sedar,

Bahawa kita tidak mungkin dapat melakukan sesuatu,

Tanpa penumpuan dan usaha yang berterusan.


Halangan pasti akan ada.

Kesibukan harian dan masalah line internet,

Menjadi persoalan terbesar bagi seorang blogger seperti aku.




gambar-google


Dan aku bukanlah seorang blogger tegar.

Yang mampu mengisi dan mencuri masa yang ada,

Untuk mencoret sepatah dua atas tinta maya.


Aku hanya blogger picisan,

Menulis hanya sebagai medan luahan untaian kata biasa.

Dan sehingga kini, syukurku pada –Nya,

Kerana aku masih bisa menulis,

Dan masih ada yang sudi membaca sepatah dua untaian mayaku ini..

Terima Kasih..




Tuesday, 10 April 2012

Yang Tertinggal

.

Menunggu dalam resah,

Penantian yang mendebarkan,

Keringat tanpa titisan,

Air mata tanpa genangan,

Dan saat itu tiba jua…


Malam-malam terakhir,

Terganggu oleh mimpi yang aneh,

Tanpa memikir walau sejenak,

Mimpi itu berlalu bagai angin,

Biarpun ia ulangkali tertayang dengan kesinambungan..



gambar~google


Lalu ia tertekad dengan dorongan,

Biarpun ada bisikan halus mematah semangat yang baru bertunas,

Terlakar jua,

Kontrak janji antara kita..


Dan..

Apa yang telah dilalui semalam,

Tinggal kenangan…

Selamat berakhir dengan senyuman,

Biarpun hati terpendam seribu kekusutan..

Akan ku lalui hari-hari mendatang,

Dengan penuh keazaman


Hidup ini tidak akan pernah lari dari berada dalam dilema dan kekusutan

,Harus bijaksana menyelesaikan keduanya dengan berhemah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...