^_^

Wednesday, 29 February 2012

Saat emosiku keterlaluan

.

Saat emosiku keterlaluan,

Terbang jauh,

Kelihatan melayang garang,

Tinggi tidak ketahuan,

Bantulah aku,

Bantu aku mencari talinya,

Bawa ia pulang ke daerah hati yang asal.


Saat emosiku keterlaluan,

Aku tidak mampu diam,

Menggigil menahan amarah,

Kerana sisi gelap emosiku teransang,

Bisa racun terenjis pada wajah,

Hingga letusnya magma terpendam,

Mana mungkin lagi aku berdiam..



gambar~google


Pabila hilang lembutnya warna mawar,

Pudar dalam kesamaran,

Bantulah aku,

Bantu aku mendinginkan hangatnya rasa

Agar segera ia kembali sediakala,

Memeriah suasana..


~terkadang, saat hati sedang marah, emosi tidak mampu dikawal sempurna...




Tuesday, 28 February 2012

Manja atau Mengada?

Sepintas lalu~

Ada setengah insan khususnya wanita memang dilahirkan semulajadi dengan sifat manja dan gemalai. Tutur katanya yang lembut memukau dan sifat yang keanak-anakan. Itu memang tidak dapat dinafikan. Baik dari segi percakapan mahupun perbuatan semuanya kelihatan natural dan bersahaja.


Tapi wujud juga insan bergelar wanita yang sifat manjanya kelihatan keterlaluan sehingga menampakkan kepalsuan. Ini selalunya dikaitkan dengan sifat ingin mencuri perhatian orang disekelingnya.


Bila berkata-kata, sering saja seolah cuba memancing simpati, memohon supaya lebih ramai orang cuba mengambil berat dan perhatian terhadapnya. Sifat ini terkadang boleh membuatkan insan menjauhkan diri kerana malas melayan karenah manja mengada tersebut.


gambar-google~


p/s : Manja dan mengada itu satu definasi yang berbeza. Sila jadi diri sendiri dan jangan mengada sangat boleh? .

motif?.. jangan terlebih mengada.. nanti orang tak suka..


Monday, 27 February 2012

Sekadar mampuku

.

Tidak bisaku memetik bulan dan bintang,

Untuk menerangi gelapnya malammu,

Tapiku selalu ada menemani waktu surammu.


Tidak bisaku menyediakan emas dan permata,

Untuk kuhadiahkan buatmu kasih,

Namun aku berusaha,

Untuk selalu setia dalam susah dan senangmu.



gambar-google~


Tidak bisaku menjadi seperti yang kau mahu,

Hanya untuk kepura-puraan,

Tapi ku sedia menjadi pelengkap kekosongan,

Agar sempurna segala kekurangan.


Aku tidak pernah berjanji untuk memberi,

Sama seperti apa yang kau mahu,

Tapi ikhlas dari hatiku,

Untuk menyempurnakan,

Segala yang menjadi kewajipan bagiku..

( Kelak..)



Sunday, 26 February 2012

Hilang jejak

.

gambar-google~


Maaf yer semua kwn2 bloggers…

Pabila kemalasan tiba..

Mood tiada,

Dan Saat itu ,

Tiadalah jejak hamba ke singgahsana kawan2 sekalian..,

Maaf,

Dan terimakasih kerna masih sudikan diri,

Melawat hamba di sini..


Semoga kawan2 sekalian sentiasa dalam rahmat Illahi..


Saturday, 25 February 2012

Ilmu atau Harta?

.

Ilmu,

kerana ia tidak akan habis,

malah semakin bertambah, sedangkan harta akan habis jua.


Ilmu,

ia akan dimuliakan walaupun sedikit saja ia diamalkan..


Ilmu,

kerana ilmu yang akan menjaga kita,

sebaliknya jika harta, kita yang menjaganya,


Ilmu

Ilmu, akan selamat kerana tidak mungkin dicuri,

harta tidak selamat, ia kemungkinan dicuri.


Ilmu,

kita akan ditinggikan darjat jika berilmu,

jika berharta, kelak akan dilaknat


Ilmu,

jika banyak ilmu, kita ramai kawan,

jika berharta, musuh yang ramai kerana sifat dengki


Ilmu adalah warisan para nabi,

harta adalah warisan firaun.


Kredit to

Motivasi pagi = Ilmu dan amal, Ustaz Zawawi


gambar-google


------------------------------------------------------


Sebarkanlah walau satu ayat..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...