^_^

Tuesday, 31 January 2012

Ceritera catitan jiwa

Andai aku bisa mencoret kata,

Akan aku tuliskan,

Sebuah ceritera cinta,

Yang awalnya penuh airmata,

Namun akhir cerita bahagia tetap menjelma.


Andai aku bisa mencoret kata,

Akan aku dedikasikan nukilanku,

Buat insan yang telah menjadi sejarah hidupku,

Mengkhabarkan secebis memori yang pernah tercipta,

Telah ku anyam menjadi sutera airmata,

Dan dihujungnya ada mahligai bahagia.


sumber gambar~google


Andai aku bisa mencoret kata,

Akan aku ekspresikan segala yang terbuku dijiwa,

Meluah segala apa yang kurasa,

Mencoret angan dan impian yang tak terlaksana,

Jadikan ia sebagai rencah hikayat tercipta.


Andai aku bisa mencoret kata,

Akan aku adunkan kenangan dan harapan ,

Buat hiburan dan pedoman pembaca budiman.



Monday, 30 January 2012

Dalam kecelaruan ini..


Setiap hari resah ku lalui,

Menanti waktu nan berdetik,

Bergerak penuh lemah dan longlai,

Sedangkan saat ia mahu dihentikan,

Terasa saja pantas ia berlari.


gambar milik google


Setiap hari yang kulalui,

Ibarat satu kesengsaraan,

Sedangkan ia bukanlah penyiksaan,

Namun bisa memberikan sejuta tekanan,

Dan mencampakkan aku dalam asingnya keadaan.


Setiap hari yang kulalui,

Sentiasa saja ku mohon pada Illahi,

Memudahkan segala urusan duniawi,

Agar bisa aku terus berdiri,

Redha dan ikhlas seiring di dalam hati,

Menghadapi setiap cubaan dalam kehidupan ini.



Cantiknya dia, tapi..

sumber gambar~ google


Cantiknya dia,

Kulitnya sangat mulus,

Wajah yang bersih dan berseri,

Tapi sayang,

Rambutnya yang cantik sentiasa terpamer menghiasi ..


Cantiknya dia,

Punyai pakej lengkap dalam diri,

Potongan tubuh yang seksi sekali,

Dia bijak berfesyen,

Tapi sayang,

Fesyen itu menjadikan dirinya menjadi tatapan setiap insani.


Cantiknya dia.

Sudahlah cantik, berpelajaran tinggi pula,

Kerjaya?..Sudah tentu ditahap yang boleh dibangga,

Ingin sekali aku mencontohi dirinya..


Tapi..

Biarlah aku begini saja,

Biarpun tidak secantik dirinya,

Tiada gaya model persis lenggoknya,

Namun aku bangga sebagai wanita,

Yang masih ada adab timurnya.

Dan biarlah aku ‘low profile’ saja…



Langkah bendul – sekadar istilah atau benar wujud ?

sumber gambar~ google


Apa itu langkah bendul?.. Mungkin kita pernah dengar, tapi tak pernah tahu apa sebenarnya maksud dan kaitan dalam budaya masyarakat melayu. Mungkin juga kita pernah tahu, tapi tak pernah mengalami.


Langkah bendul sebenarnya adalah satu istilah yang digunakan apabila seorang adik perempuan berkahwin terlebih dahulu sebelum kakaknya. Jika adik lelaki yang berkahwin dulu, ia tidak dikira langkah bendul kerana istilah ini hanya melibatkan adik perempuan dan kakaknya.


Adakah langkah bendul ini dibenarkan?.. Sebenarnya ia tiada salahnya tetapi terpulang pada pegangan setiap keluarga. Ada yang tidak kisah dan ada juga yang tidak mahu istilah itu wujud dalam kamus keluarga mereka.


Biasanya ada ganjaran atau hadiah yang diberikan kepada kakak oleh adiknya seperti sepersalinan pakaian ataupun sebentuk cincin mengikut apa yang telah dipersetujui melalui perbincangan.


Hadiah ini adalah sebagai simbolik menjaga hati kakaknya kerana terlebih dahulu berumahtangga dan penghargaan kerana sudi memberi laluan kepada adiknya untuk mendirikan mahligai bahagia.


Soalan cepumas ~ apa perasaan anda bila adik nak kahwin dulu?... Aku?..silakanlah.. wuhuuhuhu…


Sunday, 29 January 2012

Debaran pernikahan

sumber gambar~google


Majlis kahwin, persandingan dan menyambut menantu memang ada musimnya. Terutama time cuti sekolah, kadang-kadang sampai 3 tempat jemputan harus dihadiri. Tapi ada juga pasangan yang tidak mahu pilih tarikh cuti sekolah sebab tak mahu bertindih tarikh dengan kenduri lain. Itu terpulang pada tuan punya badan.


Menunggu tarikh nikah tiba ~ memang sangat-sangat mendebarkan. Segala benda harus difikirkan. Dari sekecil-kecil benda sampailah perkara penting yang harus disediakn dan ia sangat memeningkan kepala. Ia satu tekanan kecil yang berlaku dalam pada menanti hari bahagia.


Maklumlah, majlis sekali seumur hidup ini, harus menjadi sempurna biarpun terdapat sedikit kekurangan sini dan sana. Persiapan demi persiapan harus diusahakan sikit demi sedikit bagi memastikan segalanya berjalan lancar.


Kenapa entry ini tercetus?.. Sebab pening juga memikirkan perkara-perkara remeh yang kadangkala membuatkan kita tidak tidur malam sebab memikirkan ia. Percaya atau tidak, ‘doorgift’ atau pun yang orang melayu panggil ‘berkat’, turut menjadi isu punca sakit kepala sebab pening tak tahu nak pilih yang mana sesuai.


Jadi, untuk mereka yang sedang dalam perancangan ke arah alam bahagia a.k.a. ‘rumah tangga’ ini, haruslah bersedia, dan merancang dengan teliti dari awal segala persiapan yang harus dilakukan. Terutama yang budgetnya memang betul-betul cukup-cukup saja. Kecualilah ada sponsor besar dan mampu untuk tempah wedding planner.


Apa pun, merancang haruslah serba sederhana sebab perancangan bukan hanya terhenti setakat tamatnya majlis, tetapi juga kehidupan selepas menempuhi alam rumah tangga. Fikir-fikirkan.


p/s : Sekadar tumpang pening kawan-kawan yang sedang mengalami sindrom debar pernikahan.. heheh..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...