^_^

Tuesday, 11 December 2012

Kadangkala..

Kadangkala,
Aku merasa sakit saatnya sihat,
Sejuk dikala panas membahang,
Panas dikala salju bertandang,
Lelah walau sedar dari rehat yang panjang,
Sayu walau adanya bahagia menjelang..

Kadangkala,
Cemburu itu datang walau aku menghalang,
Marah mengundang walau hati cuba bertenang,
Tertumpahnya tangis walau hati tak walang,
Termenung sendiri walau ada teman di sisi..

Kadangkala,
Segalanya kelihatan rumit,
Ruang nafas semakin sempit menghimpit,
Nadi kian lemah ,
TAPI..
Itu tidak bermakna semangat ini MATI!!!
Aku akan tetap bangkit,
Walau berjuta halangan yang terbit..
Aku akan cuba bertahan,
Walau hingga sayapku tak mampu lagi terbang tinggi...
Dalam mencari arah yang pasti..




8 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Lady Windsor said...

kadang kala, jatuh hati itu berlaku dengan sendirinya oleh keindahan budi pekerti dan moleknya rupa paras, kadang kala juga rindu datang membuak-buak seperti hujan membanjiri empangan tanpa dapat ditahan-tahan lagi lantas hanyut bersama sepi usia...

Ujie said...

ternyata, cinta & rasa kasih memungkinkan segalanya!

Teenager Housemaid said...

:')

KY said...

bangkit dan terus bangkit

Telor Power said...

rilek la lia...... ada 'ubatnya' nanti tu sis

Mr.Clive said...

fightin fightin!!! :)

take care liaaa!.... :)

smilenajah93 said...

akkkkkk !!! rindu beteii ~ hehe .. lama x singgah sini . semoga baik2 aje :)

Wak Gelas™ said...

wak pon kadang2 rasa seram sejuk jugakk.., ahhhKs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...