^_^

Thursday, 29 November 2012

Wanita, antara kerjaya, rumahtangga dan keluarga


Mungkin aku bukanlah orang  terbaik untuk membicarakan tentang keluarga dan kerjaya. Tapi yang pasti aku yakin setiap orang ada pendapat tersendiri tentang ini. Bagi aku, seorang wanita yang bekerjaya, pasti sukar untuk melepaskan segala apa yang dia ada semata-mata untuk berada di sisi keluarga. Banyak faktor mendorong hal ini berlaku, dan segalanya terpulang pada pegangan individu dan institusi kelurga itu sendiri.

Ingin aku tegaskan di sini, sebaik-baik isteri ialah isteri yang sentiasa berada disisi suaminya. Sebaik-baik ibu adalah ibu yang menjaga, mendidik dan mengasuh anak dengan tangannya sendiri. Itu satu hakikat yang tidak mungkin dapat disangkal. 


 Gambar google~

Seorang isteri tidak wajib untuk bekerja, apatah lagi untuk membantu suaminya mencari nafkah seharian. Tetapi berbalik pula kepada ekonomi keluarga. Mampukah seorang suami itu menanggung isteri dan anak-anak yang semakin membesar. Di sinilah peranan seorang isteri untuk membantu sedikit sebanyak bagi meringankan beban tanggungjawab seorang suami. Pendapat aku ini tidak terpakai jika pendapatan seorang suami itu melebihi dari keperluan. 

Untuk si isteri yang tidak bekerja, usahlah meminta itu dan ini yang tidak termampu oleh sang suami. Pastikan segala keperluan suami dan anak-anak terjaga. Jika isteri bekerjaya pula, usah terlalu mengejar kerjaya hingga terpaksa melepaskan tanggungjawab sebagai isteri kepada pembantu rumah atau pun ibu sendiri. 

Untuk si suami yang isterinya tidak bekerja, fahamilah, mereka jua penat menguruskan urusan rumah tangga siang dan malam. 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Bantulah mereka dalam menyelesaikan kerja-kerja rumah. Untuk suami yang isterinya bekerja, usah pula mengambil kesempatan membiarkan isteri pula yang membayar itu dan ini. Ingat, nafkah keluarga masih terletak dibahumu,bukan isteri. 

Ini hanya pendapat peribadi aku sendiri. Kadangkala, apa yang berlaku disekeliling kita, kiri dan kanan, depan dan belakang turut terkesan dalam jiwa. Pengalaman orang lain juga mampu mematangkan kita. Apa-apapun, terpulang jua pada budi bicara sendiri. Lain orang, lain pula pendapat dan pandangan. Terpulang.. kita yang menentukannya. 

Anda bagaimana?




7 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Aisy Nasiha said...

Kalau suami isteri saling sedar tanggungjawab masing masing kehidupan akan lebih aman..

Ujie said...

Faham t/jwb suami isteri yg digariskn dlm Islam, itu asasnya. Perkahwinan utk bahagia, jd buatlah apa2 utk mencapainya. Allah pun syg!

*akak tak keluar kerja sbb suami yg tak bagi. Tapi bab kewangan sama2 jaga, jd akak taula stkt mana boleh meminta.

HazeL said...

Benar kate kak ujie tuu...berkahwin untuk mencari kebahgian, jadi buat la ape2 untuk capai ke arah itu...

Jika kite sayangkan keluarga usah berkira sgt dan jgn la pulak pihak yg 1 lagi mengambil kesempatan...

Aishah Jahirah said...

saling melengkapi, saling tolong menolong dan bekerjasama dlm menguruskan keluarga.bila dua2 berkerjaya mmg kena bijak mainkan peranan masing2...agama ttp menjadi asas yg kukuh...:)

cinta siswi said...

xsalah pn isteri keja.. sesuai la dgn zaman skrg nie.. yg slaah isteri yg menyalahgunakan kebenaran suami utk keluar bekerja.. my opinion. hee

L said...

betul la tuh. keje tak keje sama2 bantu membantu kan.. L xtau la lagi nk cari org yg berkerjaya atau juz cari yg boleh jaga anak2 L sepenuh masa.. huhu.. lambat lagi..

jom singgah bace. =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/12/malu-pada-diri-sendiri.html

myfirdz said...

betl tu.. kerja bg si isteri hnyalah harus dan dgn izin si suami.. so, tidak usah berbangga dgn hasil yg diperolehi dgn kerjaya itu, kerana jika kerja tnpa izin suami, x kemana rezeki tu..

by the way.. done follow u.. follow me back..:)
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...