^_^

Wednesday, 28 November 2012

Sekadar di pinggiran




Setia walau tak dipedulikan,

Menunggu walau tidak dinantikan,

Tersenyum walau tiada balasan,

Tertawalah walau hanya didalam hati..



Terkadang,

Kita hanya mampu melihat dan menilai,

Tapi apa yang dinilai,

Mungkin tidak akan sama dengan apa yang dirasa,

Berat mata yang memandang,

Sesugguhnya,

Berat lagi bahu yang memikul beban..



Hidup ini penuh dengan kejutan, harapan dan impian..

 Gambar google~

Pada mata yang memandang,

Letaklah dirimu pada tempat dia,

Jika sakit yang kau rasa,

Beerti dia juga merasai sakit yang sama..



Pada bahu yang memikul,

Bersabarlah,

Cuba bertahan selagi mana ia berbaloi buatmu,

Usah terburu membunuh penyebab rasa sakit itu,

Akan tiba waktu nanti,

Bahagia menanti insan yang sabar,

Kebahagiaan pasti berpihak pada yang benar..

Lambat atau cepat,

Ia pasti akan tiba...



 -----------------------------------

4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Ujie said...

Motivasi yg baik!
Semoga lia menemui bahagia dunia & akhirat. :)

L said...

kenapa tetibe L minat pulak huu.. terbaik. sabar L sabar.. L tgh bersabar tau ni.. huu. sakit ht sgt.

Jom singgah baca sekejap =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/11/7x-umur-dunia.html

KY said...

kadang2 mata kasar ini tertipu

Aishah Jahirah said...

antara benda paling sukar nak faham hati n perasaan org...kdg2 tersalah tafsir...;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...