^_^

Thursday, 1 November 2012

Saat cinta berbagi.. di mana kesetiaan?

Sebagai manusia yang punya rasa dan keinginan dalam hidup, perasaan cinta itu sukar untuk ditepis. Biarpun tatkala dibibir mula berkata-kata, namun dihati tiada yang mengerti. 

Menikmati saat cinta mula berputik itu satu keindahan, tapi akan kekalkah selamanya begitu?.. Tiada yang mampu memberi jawapan yang pasti.

 Hakikatnya, semua tahu bahawa ada pepatah mengatakan sedangkan lidah lagikan tergigit.. Inikan pula suami isteri.. Yang bukan suami isteri pula?.. apatah lagi.. 

Akan tiba saatnya, detik getir terjadi.. Puncanya?.. terlalu banyak. Paling kerap terjadi?.. Salah faham dan saling tidak mengerti.. Itu yang pasti...



 gambar google~

 Kadangkala, cubaan satu pihak sahaja untuk kembali menjernihkan apa yang keruh itu, sukar berhasil. Harus ada tanggungjawab keduanya untuk sama kembali ke landasan yang betul.

 Jika satu arah ke kanan, dan satu lagi ke kiri, tiada titik pertemuan berlaku. Dugaan terhebat terjadi apabila hati mula beralih arah pada pengaruh yang lebih kuat diluar. 

Perbandingan mula terjadi, dan kekurangan pasangan menjadi alasan kukuh untuk meletakkan satu harapan lain disisi. Saat ini, hanya kesetiaan dan kepercayaan terhadap sebuah janji menjadi benteng penyelamat. 

Percayalah.. saat hati mula berkata-kata, saat itu, kenangilah semua pengorbanan dan waktu susah senang yang telah ditempuhi berdua. 

Berbaloikah digadaikan semua kenangan yang ada hanya untuk sesuatu yang belum pasti?... 

Tepuk  dada, tanyalah hati. Sebelum bertindak lebih jauh, fikirkan berulang kali agar tiada penyesalan kemudian hari... 


5 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Telor Power said...

kalau masih ada cinta...pelihara lah ia...tapi kalau dah takde

jgn tunggu lama2,kelak benci nanti semakin menebal

HazeL said...

takdir dan perjalanan hidup hanya Allah yg tahu...bercinta la selagi masih boleh bercinta..

HeNRieTTa JoSe said...

thanks for dropping by my blog...salam perkenalan...

Ujie said...

tanya sama hati..berusaha semampunya..berdoa & bertawakal pd-Nya.

Aishah Jahirah said...

dua2 kna berperanan...tp soal hati ni mmg rumit..;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...