^_^

Sunday, 4 November 2012

Jum memasak! – Murtabak mee segera berkeju



Nak kongsi menu bujang yang sempoi, Murtabak mee segera berkeju..

Bahan-bahan

-cadangan hidangan untuk dua orang-
2 bungkus mee segera (apa2 brand/perencah ikut suka)
3 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
Hirisan bawang
Hirisan keju

Cara masak.

Memula celur mee segera macam biasa

 Bila mee dah lembut (jgn sampai kembang), tapis dan toskan

Masukkan mee yang dah ditos dalam mangkuk, pecahkan telur dan gaulkan rata bersama perencah mee segera, hirisan keju dan bawang

Panaskan  minyak dalam kuali

Tuangkan bahan-bahan yang dah sebati tadi dalam kuali

Goreng sehingga naik bau dan telur masak rata

Sedia untuk dihidang..

Siap!


 campurkan bahan-bahan dan gaul rata


Makan panas-panas cicah sos.. fuhh.. terasa rangup!!


Ketebalan Murtabak mee segera ikut suka, kalau nak nipis, goreng secara berperingkat. sedikit demi sedikit.. 

Cadangan, goreng sampai telur betul2 masak dan garing, makan panas-panas.. sedap!!

Selamat mencuba..


4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Chenta Eyfa Latieyfa said...

menarekk gak resepi yg sempoi nih..leh try nih.ngeh3

Aishah Jahirah said...

dapnye.....rasa mcm nk buat je sat g..

cerita best said...

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog niechat boxpakjoe x kira k hahah ,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

Mia Rosmiati said...

makasih banyak atas semua ino nya ,,,,,,,,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...