^_^

Sunday, 4 November 2012

Jom memasak! - Sambal Udang Petai



Nak kongsi satu menu yang sempoi, sambal udang petai..

Bahan-bahan

Udang 10-15 ekor
Petai (ikut suka) buang kulit dan celur terlebih dahulu
Hirisan bawang merah dan putih (tumbuk pun boleh)
 2 sudu besar sos tomato
3-5 sudu besar cili boh
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng

Cara masak

Memula, tumis hirisan bawang merah dan putih sehingga garing dan naik bau.
Then, masukkan cili boh 3-5 sudu besar , goreng sampai garing.
Masukkan 2 sudu besar sos tomato untuk rasa masam dan kurangkan rasa pedas.
Masukkan 2 sudu kecil gula sebagai ganti ajinomoto.
Masukkan sedikit garam secukup rasa.

Agak2 sambal dah jadi, rasa dah ok,
Masukkan hirisan petai dan udang.
Gaulkan sehingga rata.
Last, masukkan hirisan bawang merah yang dipotong bulat2 untuk nampak cantik..
Untuk hidang, taburkan bawang goreng diatas hidangan.
Siap!..


Makan dengan nasi panas... sedap!
Selamat mencuba,,
Masakan setiap orang adalah berbeza.. Bergantung citarasa masing2..


4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

♥Nur Ayuni Khalib said...

Assalamualaiku, my mouth start watery

Ujie said...

tu dia..Lia tunjuk skil memasak!
nampak sedap..pdhal akak tak mkn udang.

Lia Irdelia said...

@nur ayuni~
waalaikumsalam.. try it!.. :)

@k.ujie~
x mkn seafood eh..
:)

Aishah Jahirah said...

rajinnye lia masak...sambal udang petai blh btmbh nasi.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...