^_^

Monday, 5 November 2012

Anak, penat yang membahagiakan..


Tidur malam yang tidak akan pernah cukup waktu,
Makan yang tidak pernah betul suapannya..
Lelah lagi meletihkan..

Saat pulang dari bekerja,
Belum sempat tukar baju,
Belum sempat melabuhkan punggung,
Sudah terdengar jerit pekik anak-anak,
Sudah terlihat sana sini mainan bersepah-sepah,
Juga sisa makanan biskut dan nasi yang bertaburan..
Lelah...

Saat mahu menyuap makan mengisi kosongnya perut,
Saat itu juga anak buat kerja,
Berak dan minta dicebok,
Kadang menangis berebut mainan,
terpekik terlolong..
Yang abang suka mengusik,
Yang adik pula menjerit bagai ada speaker dikerongkong..
Lelah..



gambar google~
 
Saat mahu melelapkan mata,
Si anak merengek-rengek,
Entah apa maunya,
Susu sudah diberi,
Makan siap disuapi,
Tidur sajalah..
Menangis sehingga muntah...
Demam rupanya..
Mungkin juga tak sedap perut..
Berbuailah sepanjang malam..
Lelah...

Bayangkan pula saat mereka tiada di depan mata..

Balik kerja,
senyap dan sunyi,
Tiada yang menyambut dengan gelak tawa memanggil nama,
Tiada yang menghulur pelukan untuk mengadu,
Tiada yang membongkar beg untuk lihat apa yang dibeli untuk mereka..
Tiada..

Saat makan malam tiba,
senyap dan sunyi,
Pandang motor kereta mainan mereka yang tersusun kemas,
Tak berusik,
Pandang sekeliling, tiada lagi jerit pekik tangisan,
Tengok tv tiada yang mengalih siaran,
Senyap,
Tiada yang berlari-lari tawaf satu rumah,
Tiada...
 Sayu..

Saat mahu lena,
Tiada kedengaran rengekan manja,
Tiada suara kecil minta di pok-pokkan punggungnya,
Tiada suara kecil yang minta susu..
Tiada yang menggangu saat mata mahu terpejam..
Pandang buaian,
Kosong..
Pandang tilam dan toto,
Kosong..
Sayu...
 
Mengapa masih jua enggan lelap?..
Tanpa sedar, mengalir airmata..
Rindunya pada mereka..
Sesaat,
Aku merasakan perasaan seorang ibu..
Betapa rindu saat anak-anak jauh dari mata,
Apatah lagi umur mereka yang masih terlalu kecil..
Bicara pun masih belum petah..

uwaaaa.
 Rindu kamu....

7 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Aishah Jahirah said...

bila layan keleteh anak2 penat pn hilang kot.....:)

Ujie said...

Lia betul2 boleh merasaknnya..

Mmg camtulah naluri ibu, walau terasa pnt tapi tetap senang melaluinya.

NasZ said...

suka sangat entry ini. menusuk di kalbu. saya masih menanti 2 bulan sebelum menerima amanah Allah yang pertama. Insya Allah.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

~AmyLiana86~ said...

lambatnya dapat tgk anak sndiri..

Mr.Clive said...

nak nak nak!!! heheheh :P

KY said...

pengorbanan ibu besar, tidak mengenal penat dan lelah, tapi anak2 bila dewasa, seakan2 lupa pada ibu, lupa pada pengorbana ibu..aduhhh...wahai anak2 sayangilah ibu dikala mereka masih mernyawa

sukakartun said...

seronoknya baca..tak saba nak kawen n ada anak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...