^_^

Sunday, 16 September 2012

Syahdu Syawal Terakhir



Harini, terasa sangat sayu..
Syawal telah pun melabuhkan tirainya...
Syahdunya masih lagi terasa,
Seolah-olah ia baru semalam..

Terngiang-ngiang,
Suara takbir memecah keheningan malam,
Sebagai tanda kemenangan umat Islam,
Menyempurkan tuntutan Illahi..


gambar google

Terbayang-bayang,
Kemeriahan pagi raya,
Suara riuh rendah ahli keluarga yang semakin berkembang,
Bertangis-tangisan,
Bermaaf-maafan,
Berbalas kunjungan silaturrahim...

Harini ini,
Semuanya telah pun berlalu,
Menjadi sebahagian sejarah semalam,
Yang akan berulang lagi,
Untuk kesekian kalinya..

Masihkah ada Ramadan akan datang buat kita?..

Mati itu pasti..
Hidup?.. InsyaAllah..
 

4 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

EchaRoslee said...

InsyaAllah umur pjg bertemu lg di ramadhan dan raya tahun dpn.

Telor Power said...

panjang umur boleh jumpa ramadhan dan syawal tu nanti lagi

Aishah Jahirah said...

menanti syawal di tahun hadapan jika masih diberi kesempatan....:)

Nizam Ijam said...

semoga bertemu lagi dengan syawal yang akan datang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...