^_^

Tuesday, 25 September 2012

Kenangan semusim ~ Tidak akan tuakah kita?


Alhamdulillah..
 Aktiviti CSR FSTEP dengan kerjasama BSN telah pun selamat dijalankan. Banyak benda yang berlaku dan terkesan dijiwa.
 Masa mula-mula ada ura-ura merancang nak pergi sana, aku rasa tak selesa dan kurang yakin. Tapi bila aktiviti ni dah confirm dan tarikh pun dah tetap, aku terasa semakin berdebar menanti hari untuk melangkah ke sana. Aku tak tahu kenapa. Macam-macam rasa yang terbayang dalam jiwa. 

Sehari sebelum pergi, malam tu aku buka video yang member post berkenaan dengan Rumah Jagaan dan Rawatan orang tua Al-Ikhlas ni.  Dan tanpa sedar, aku menangis. Sedih. Aku dah dapat gambaran apa yang akan berlaku di sana nanti. 

Ternyata, apa yang aku takutkan, berlaku. Apa yang ada kat sana?.. dah tentu orang-orang tua yang telah uzur dan semakin tidak berdaya untuk menguruskan diri mereka sendiri. Aku sedih, sebak dan terasa sangat kesal dalam hati. Ada diantara mereka yang masih gagah berdiri dan berjalan, namun ada juga yang terbaring lemah. Nak makan pun lemah dan kurang berupaya.. Aduhai.. sentap!..

Melalui cerita yang disampaikan oleh owner Rumah Jagaan dan Rawatan orang tua Al-Ikhlas ni (Pn Muji), aku tahu banyak cerita tentang anak-anak yang tak mengenang jasa dan membiarkan ibubapa mereka tanpa jagaan yang rapi. Sedih.. Memang sedih.. Ada juga yang sanggup tinggalkan bapanya yang lumpuh diatas kerusi roda ditepi jalan. Ada yang sanggup kurung mak dalam sangkar . Duhai anak!!..  

Kebetulan , aku ditugaskan dalam group ‘sharing session’. Dan sebetulnya, tanggungjawab itu membuatkan aku cuak dan risau. Apa yang akan aku bualkan?.. Nak tanya pasal apa?.. Soalan sensitif?..Aku Cuma takut satu benda jer, aku takut diorang menangis, dan aku akan turut menangis sekali.. huu.. 

Tapi ternyata aku cukup kuat untuk melaluinya.. Aku dekati mereka, (tapi bukan semua laaa..)..  Rata-rata berusia dalam lingkunga 70an.. (Kalau aku tak silapla...) Aku mulakan dengan perbualan biasa.. da makan?.. sihat?.. dan macam-macam la soalan yang senang untuk dijawab dan tak perlu nak tekan calculator kalau nak jawab. Bila tengok respon ok, aku start tanya mendalam sikit.. tanya pasal anak-anak, kerja dulu, duduk mana, dah lama ke kat sini.. 
Hasilnya, banyak jawapan yang aku terima, dan masih banyak juga persoalan yang  bermain dijiwa. Kenapa dan mengapa dan bagaimana... semuanya masih bermain dalam minda..

Bila tiba time makan, aku cuba untuk suapkan mereka makan, hulurkan minuman, dan urut-urut kaki mereka mana yang aku mampu.. (walaupun aku tak pandai pun mengurut).. Sedih aku tengok.. Ada sorang makcik tu menolak bila aku mintak untuk suapkan dia.. Katanya “nanti esok, kena makan sendiri jugak’’.. Alahai.. huu,,, tersntuh rasa hati..  Ada pula yang asik menangis bila didekati.. Mungkin teringat anak-anak..  anak-anak yang dah tinggalkan dia kat situ.. anak-anak yang tak penah datang menjenguk.,,, Aduhai anak!

Saat itu, aku segera teringat kat nenek kat kg, bundaku tersayang.. Abah yang ku kenang.. Hu.. Sesungguhnya aku sangat sayangkan mereka..(walaupun kadang2 merungut dan tak dengar cakap..).. huuu.. Waktu nak balik, masa dah bersalam-salam, ada sorang makcik tu tarik tangan aku.. dia cakap , dik.. jum borak-borak kat surau, kat sini bau hancing,,.  Aku?.. aku terdiam dan cakap kat makcik tu, saya nak balik dah makcik.. huu.. sedih plak aku.. 

Saat melangkah keluar, aku toleh belakang, sesaat, bergenang jua airmata yang aku cuba tahan-tahankan.. Bukan sebab sedih nak tinggalkan mereka, tapi sedih sebab ada anak-anak yang sampai hati membiarkan ibu bapa mereka tertinggal di situ.. dan ada yang tidak pernah datang menjenguk langsung.... Duhai anak!!
Sesungguhnya, seorang ibu, mampu menjaga sepuluh anak, tapi, mampukah sepuluh anak itu menjaga ibunya?.. Mampukah?...

Ya Allah Ya Tuhanku.. Jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah.. Yang mampu membahagiakan kedua ibubapa kami.. Bantulah kami menjaga mereka sebagaimana mereka telah menjaga kami dari kecil sehingga kini. Berikanlah kekuatan dan kesabaran yang tinggi kepada kami untuk tidak menyakiti mereka  jika kami tidak mampu membahagiakan sekalipun.. Jika tidak sempat untuk kami memberi bahagia itu, maka kau permudahkanlah segalanya..

Terima Kasih mak dan abah.. Terima kasih untuk segalanya...
Alfatihah buat abah tersayang.. ~
~sekadar berkongsi rasa~

9 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

penaberkala said...

yup, moment yg sekejap itu memberi seribu-satu makna
al-fatihah buat arwah ayah cik liya


psst, amboih sempat lg post entri
study2
all the best utk final assessment

Telor Power said...

pi sana buat apa eh???
mesti buat latihan kerja amal ni, mcm bakal2 cikgu lakukan sebelum ni


eh lia ni bakal jadi cikgu ker

Lady Windsor said...

Bagusnya buat charity work gitu..alhamdulillah kita ada kesedaran menghormati org tua, tak macam anak2 mereka yg tinggalkan mereka di situ. Tak dapat bayangkan terpaksa habiskan hari tua tanpa anak di sisi...kalau dah memang tak Ada anak tu lain citer le kan...

Lia Irdelia said...

@pena berkala ~
kamu...
keciknyer dunia..
err.. gudluck for u too..

@telur power~
cikgu??.. eh x laa..
heehhe.. x layak..
heee..

@lady windsor~
yup..
sensitif sket kalu bab2 camni ni..
huuu..

Ujie said...

bagusnya buat CSR kat tmpt gini, gembirakan org lain dan beri pengajaran/keinsafan pd kita.

terasa sebak baca pengalaman lia ni..:(

Telor Power said...

i see....ingatkan bakal2 jadi cikgu

sebab ada sepupu (3org) pun kena buat kerja2 amal begini sebelum mereka jadi guru. kira macam pendedahan kepada guru utk memdidik anak2 murid


lebih kurang mcm tu la

aimie amalina said...

dulu masa kat U,
penah pergi program mcm ni

sangat sedih
ada yg menangis2 teringat kat anak2 mereka yg telh tinggalkan mereka

huuuu
sedih2 T___T

Aishah Jahirah said...

dapat pengalaman tu lia....mmg sedih n yg penting kita xkn buat mcm tu kat org tua kita...

Syaza Syahira said...

alhamdulillah..dpt pengalaman cik penulis..

Jemput datang blog saya. Ada necklace utk dijual.
http://wourmen.blogspot.com/2012/09/wourmen-style-o-my-necklace.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...