^_^

Friday, 10 August 2012

Selamat hari lahir sayang..



Tarikh ini datang lagi,
Membawa bersama seribu satu kenangan,
Yang tidak akan pernah sama,
Seperti tahun-tahun yang berlalu..

Tarikh ini datang lagi,
Membuka satu lagi dimensi baru,
Bertambah lagi angka satu pada rentetan usia,
Menjadi titik tolak diari hari kelahiran,
Dan sejarah baru akan mula tercipta..


 gambar google~

Tarikh ini datang lagi,
Biarpun bahagianya hanya empunya diri yang rasa,
Namun tempiasnya tersebar pada mereka-mereka yang teristimewa,
Terpamer, luhur dari senyuman,
Tatkala menerima ucapan dan tanda ingatan,
Ikhlas dari mereka-mereka yang membahagiakan..

Tarikh ini datang lagi,
Syukur dipanjatkan padamu Tuhan,
Di atas segala kurniaan,
Semoga tarikh ini menjadi satu lagi lakaran dalam diari kehidupan,
dan membawa lebih keberkatan..

Selamat hari lahir sayang..

3 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

~AmyLiana86~ said...

selaamt hari jadi untuk kita twin.. =)

Ujie said...

Birthday lia?

HAPPY BIRTHDAY LIA!!
moga sntiasa dlm kasih Ilahi..

Sofinah.L said...

Happy birthday to your 'sayang' =)

saya singgah sini. Have a nice day!

saya share entry terbaru saya :-
http://www.sofinahlamudin.com/2012/08/anda-mempunyai-impian-tuliskan-impian.html

dan saya share ini juga :-
Lets join me buat duit before 27/08/2012 thru FB atau BLOG. Lepas 27/08/2012, PRELAUNCHX akan mengenakan bayaran sebanyak RM100. Sekarang percuma lagi ni! CEPAT!

Lawati link ini untuk join ---> http://prelaunchx.com/x/sofinah169

#PRELAUNCHX ialah company under FOREX.FOREX tu company matawang dunia dan Malaysia ada juga FOREX.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...