^_^

Wednesday, 11 July 2012

Duit di mana-mana


Kalau cerita pasal duit ni, macam-macam isu keluar. Baru habis belajar, dah kena fikir nak bayar hutang pendidikan, apalagi kalu bukan PTPTN. Untung la yang mak ayah sponsored,  tak perlu susah pening kepala fikir hutang yang menimbun. Bertuah juga pada para graduan bijaksana yang berjaya bergraduasi dengan Kelas Pertama. Sebab, tak perlu bayar semula pinjaman PTPTN. 

Aku?.. tak layak.. hahaha.. Kan best kalau kelas kedua atas pun leh convert to biasiswa, tak pun bayar separuh dari jumlah pinjaman. Sapa sokong?.. hahah..angguk2...


 Gambar-google~

Baru mula kerja, dah nak fikir pasal transport pula, nak beli kereta. Beli cash?.. Memang takkan mampulah kan.. So, terpaksa apply loan. Dan akhirnya menambah hutang.. betul tak?..  

Baru ada duit sikit, dah nak kahwin. Nak buat camna, tunggu lama-lama nanti dikebas orang. Duit tak cukup, jadi apply loan peribadi. Setiap bulan hutang bertambah lagi dan lagi..

Bila dah kahwin, komitmen bertambah. Bayar itu dan ini. Belum lagi ada anak. Belum lagi ada komitmen untuk rumah. Kad kredit lagi. Kira punya kira, baru sedar, ansuran kereta tertunggak. Sikit lagi dah nak kena tarik. Nak tak nak, tpaksa juga pinjam mak bapak, pinjam sedara mara..  alahai… Camno?? 

Kesimpulan, pandai2 la buat belanjawan setiap bulan .. Kadang-kadang, duit yang banyak pun, kalau tak berkat, sekejap saja habisnya... kan?.. Hmm..  Duit oh duit,,,


7 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Ujie said...

bab duit ni mmg kena kuat hati..kena kebal pd godaan utk membeli. Tak mudah tau..

Buat bajet--> belanja ikut bajet--> selamat!

KY said...

betul tu, perbelanjaan kena jaga, apa lagi dlm kemajuan sekarang

HazeL said...

mmg la bab DUIT ni tak kan habis...ade yg sampai ke kubur pun masih ade lagi bunyi.... yg penting keberkatan...kalo tak berkat, mmg sekejp je hbs...hmmm.... semakin meningkat usia, semakin byk komitmen...itu adelah realiti ...

Teenager Housemaid said...

sgt pening bila fikir psl duit..
-_-

Telor Power said...

bajet kena betul, hati kena kering tuk bayar hutang. boleh ke gitu

HanaNabihah said...

mummy Hana pernah cakap. duit ni "berhantu". so, mmg kena pandai sorok2 duit ni utk kecemasan. tp kena budayakan dari kecil jugak. dah besa susa sikit =)

Aishah Jahirah said...

duit..mana penah cukup.bg la banyak mana pun kalau xbijak nak mengurus, sekejap je blh habis.duit mmg penting sekarang...duit..duit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...