Wahai anak
Jika masih punyai ibu,
Sayangilah ibumu sepenuh hatimu,
Jagalah hatinya meski terkadang hatimu sendiri terluka,
Jika harini dia didepan mata,
Mungkin esok tiada lagi senyumannya.
gambar-google
Wahai anak,
Jika masih punyai ayah,
Hormatilah ayahmu seiklhas hatimu,
Usah dibiar dirinya sendirian termangu-mangu,
Menanti hadirmu sebagai pengubat rindu.
Wahai anak,
Jika hari ini matamu masih dapat menatap wajah mereka,
Bersyukurlah..
Jika hari ini telingamu masih dapat mendengar gelak dan tawa
mereka,
Marah dan bebelan mereka,
Hargailah,
Jika hari ini tanganmu masih mampu mendakap peluk tubuh
mereka,
Bersyukurlah..
Hargailah mereka..
Sayangilah mereka seada-adanya,
Peluang itu akan hilang tatkala tiba masa yang telah
dijanjikan,
dan tatkala itu,
Usah lagi menyesal kerana kasih sayang yang terabai,
Janji-janji yang tidak tertunai,
Sesungguhnya pengorbanan dan jasa ibubapa tiada nilainya..
Rindu..~








8 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):
setuju
berbuat baiklah pada ibu kita, tanpa ibu siapalah kita ini
rindu juga dengan arwah ibu dan ayah..al-fatihah
berbuat baik dgn kedua ibubapa kita sementara mereka masih ada disisi kita..kalau tak, menyesal tak sudah nanti..
Ingatan yg baik buat kita semua..
Terkenang arwah bapak akak.
yg ada dua2 bersyukurlah..akak cuma ada mak je sekarang...pun bersyukur juga...;)
sayang mak.. sayang arwah ayah... huhu
Kadang2 kite leka dan ambil mudah tntg perasaan ibu bapa....
mak abah adalah segalanya. :D
Post a Comment