.
Menunggu dalam resah,
Penantian yang mendebarkan,
Keringat tanpa titisan,
Air mata tanpa genangan,
Dan saat itu tiba jua…
Malam-malam terakhir,
Terganggu oleh mimpi yang aneh,
Tanpa memikir walau sejenak,
Mimpi itu berlalu bagai angin,
Biarpun ia ulangkali tertayang dengan kesinambungan..
gambar~google
Lalu ia tertekad dengan dorongan,
Biarpun ada bisikan halus mematah semangat yang baru bertunas,
Terlakar jua,
Kontrak janji antara kita..
Dan..
Apa yang telah dilalui semalam,
Tinggal kenangan…
Selamat berakhir dengan senyuman,
Biarpun hati terpendam seribu kekusutan..
Akan ku lalui hari-hari mendatang,
Dengan penuh keazaman
Hidup ini tidak akan pernah lari dari berada dalam dilema dan kekusutan
,Harus bijaksana menyelesaikan keduanya dengan berhemah..








6 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):
~dugaan mematangkan kita :)
Cuma tumpang baca ye.. Tak tau nk komen ape..
terdapat 2 perkara yang perlu dihindari iaitu tekanan dan cubaan
dan terdapat 2 perkara yang perlu dicari iaitu nikmat dan kedamaian.
(^___^)
tanpa ujian, kita mungkin tak menghargai sebuah ketenangan hidup..hidup pun boleh jadi hambar..
ia mendewasakan kita....kita harus tabah dan bersabar dgn ujian yg dtg.
Post a Comment