Sekadar berkongsi gambar-gambar yang menarik semasa bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan Morib beberapa minggu lalu. Perjalanan dari Lebuhraya Ampang ke Kawasan Morib memakan masa hampir 1 jam 30 minit.
Secara jujurnya, Pantai morib memang mendamaikan jiwa pada yang sukakan saujana mata yang memandang. Tapi pada sesiapa yang mahu bermandi manda, sebaiknya, pergilah ke kawasan pantai peranginan yang lain kerana dibimbangi anda akan kecewa.
Bukan tidak boleh mandi, tapi air laut yang hanya separas lutut orang dewasa, mungkin tidak sesuai untuk anda yang ingin berenang di lautan yang luas.
Pemandangan senjakala yang sangat cantik

Pandangan hadapan - oleh kerana kami sekeluarga ramai, untuk keselesaan, kami ambil 2 buah rumah bersebelahan.

Bilik tidur yang selesa dengan penghawa dingin

Gambar dari pandangan belakang, ruangan yang luas dan terdapat bilik mandi tambahan di ruangan bawah

Tapak untuk barbeque turut disediakan

Terdapat7 buah chalet yang berlabel nama pulau di malaysia di Rumah Peranginan Persekutuan Morib
Walaupun percutian ini hanya percutian ringkas dan agak kelam kabut kerana terpaksa ulang alik untuk menghadiri kenduri sepupu, Tapi ternyata mampu memberikan kepuasan. Apa yang penting, masa bersama keluarga itulah yang sangat berharga dan paling bermakna.
Jom bercuti...
p/s ; Rumah Peranginan Persekutuan ini adalah rumah peranginan kakitangan kerajaan..
* font dan warna dah di ubah semula.. tq pada yang respond.. =) *
* font dan warna dah di ubah semula.. tq pada yang respond.. =) *








12 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):
dah lama tak p morib,rindu :(
morib sekarang dah byk berubah...makin seronok..banyak dah kemudahan2 awam..tapi monyt dia pun leh tahan jugak tahap keaktifannya tu..hehee
waa mcm best je.. xpnh smpai sini pun...
nampak mcm besttt je
wiwit, blog dh berwajah barulaa
dh lama xsinggah sini
diorang kate MORIB berhantu..huhuhu
lia p bercuti ngan family..best tu..nampak macam sgt selesa room tu...
nak komen yang dikatakan oleh Hazel kat atas, baru ingat nak google lebih.tapi kalau da berhantu,malas la nanti tido malam xtenang..hahaha XD
pernah gak sekali mkn2 kat sini..masa dok klang dulu.
*lia, warna tulisan yg ni akak agak susah nak baca. atau mata akak yg dah tak elok..^__^
Lia, saye juga ingin mengadu bab color font di ruangan ini...sakit mate u olls...heheheh..
I dapat tau citer berhantu sbb kes byk kematian indonesian(buruh kasar esp), mati di pantai morib...kapal tenggelam...hmm...
Menarik...selesa..
Tak pernah lagi sampinat situ...
tq guys ~
err berhantu?..
so far 3 hari 2 mlm di sana semuanya ok.. dan BEST!..
barbeque mlm2 n aktiviti meredah pantai ngan family.. :)
Mr Clive n Hazel ~ jgn risau ok..
hehe
Masalah font?..~ dah tukar.. tq yer for your comment K.ujie n hazel aka k.lin..
haha...kk...noted! XD
Post a Comment