^_^

Tuesday, 17 April 2012

Lamaran yang terlewatkan

.

Terkadang,

Sebuah penantian itu,

Terlalu panjangnya hari dengan setia di hati,

Menunggu panggilan dari satu sudut dimensi,

Penuh pengharapan..


Dengan doa kudus tanpa berpenghujung..

Hari-hari yang dilalui dirasakan semakin menghimpit naluri,

Tersesak oleh nafas ketakutan dan kecelaruan sendiri,

Atas desakan dari segenap penjuru,

Kerana terus berharap dan berharap,

Agar titik akhir permulaan cerita ditemui.


Sehingga satu hari,

Harapan itu hampir mati,

Dengan nafas yang hampir terhenti,

Dan..

Terus pergi membina laluan kemudinya sendiri..



gambar-google~




Tanpa diduga dan terduga,

Satu persatu harapan yang ditunggu menjelma,

Menampakkan bayangan yang sasa,

Dan lamaran itu terzahir jua,


Apa lagi yang boleh dikata,

Saat ia datang,

Hati itu telah pun pergi,

Beku dan terkaku,

Tidak mampu menoleh lagi..

Lamaran itu telah pun terlewat menembusi tangkai hati…


kita hanya mampu tersenyum saat melihat harapan yang ditunggu muncul disaat kita telah pun menggengam satu kenyataan..




7 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Telor Power said...

semuanya sudah terlewat. apa boleh buat selain hararapan

~AmyLiana86~ said...

dah terlmabt xleh nk buat apa lakan..tp terserah pada jodoh..huhu

Ini Kisah Tia said...

maaf :(

Yatie Awang said...

sudah terlambat? mungkin ada hikmahnya

Ana Farhana said...

kenapa ni ? oh, jika ujian hidup... bersabar la, pasti ada kemanisan di hujung nya

Aishah Jahirah said...

apa yg ada didepan kita yg mesti diutamakan...yg dah lepas dah jadi sejarah...

aimie amalina said...

=)

apa yg pasti
tiap dtg dan pergi
pasti ade makna dn sebb kan syg?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...