.
Hujan rintik mencurah ke bumi,
Melengkap satu kitaran kehidupan,
Dan tempiasnya seakan turut membanjiri kelopak redup hati,
Memenuhi empangan rasa yang semakin membuak,
Menanti masa untuk retak dan pecah melimpahi dasar rasa.
Dan dengan penuh rasa bertemankan kewarasan akal,
Bertahannya hati mengukuh satu pasakan dalam jiwa,
Memegang kejap payung yang tidak kelihatan,
Buat menadahi tangisan awan,
Dari bertempias ke kelopak redup hati.
gambar-google~
Bukan menyalahi awan yang merintikkan tangis,
Bukan juga menuding jari pada empangan rasa yang mudah goyah,
Tapi memuhasabah diri,
Memberi jalan agar hati itu lebih tabah,
Bertahan dalam pasakan yang lebih padu,
Buat membentengi pertahanan,
Pabila tangisan awan merintik lagi..
Kita bukan lemah.. tapi mungkin belum cukup kuat untuk melalui satu fasa baru dalam hidup..








15 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):
puitisnya ! <3
setiap berlaku ada sebab....menangis bukan bererti lemah...:)
InsyaAllah..perlahan2 kita bisa hadapi
:')
semoga lia tabah
moga dipermudahkanNYA (^___^)insyaALLAH
sabar dgn ujiannyer.
jadi kita kena kuat..:)
kerana LEMAH itu suatu pemberian
bukan penghinaan ;)
nice la kwan ku geng eskem!
aww.belog dh lain ye
hihihihi
sabar dan tabah,,
lama tak singgah..windunyer...hehehe
tabah mnghadapi semua...
nad rindu kat lia..:(
be strong :)
sabar yerk..=)
~semoga awk kuat :)
Post a Comment