^_^

Sunday, 12 February 2012

Tips Mengeratkan Kasih Sayang

Dalam setiap perhubungan samada ibu dengan anak, anak dengan bapa, adik beradik, sesama rakan taulan, kekasih, bahkan suami isteri pun, pasti ada pasang surutnya. Bahagia itu sentiasa , namun ada ketika , ada masanya perhubungan ini dilanda pelbagai ujian bergelar masalah. Tidak kiralah apa jua sebab dan punca, ia tidak dapat dinafikan mampu menyebabkan hubungan itu sedikit goyah.



gambar-google


Di sini, akan dikongsikan tips bagaimana untuk mengeratkan kasih sayang umumnya untuk semua pembaca tetapi khususnya untuk yang bergelar suami atau yang bakal bergelar suami. ( memang bukan pengalaman sendiri, tapi ia apa yang diperolehi dari persekitaran dan pengalaman orang sekeliling)


Solat berjemaah

Bukankah solat secara berjemaah itu lebih pahalanya berbanding solat sendirian?.. Jika ada kesempatan, ajaklah isteri dan keluarga anda berjemaah dirumah. Suami, sebagai ketua keluarga, seharusnya membimbing isteri ke jalan yang lebih baik.


Memasak

selalunya isteri saja yang memasak, penat bekerja pun, masih lagi bertungkus lumus ke dapur, jadi, apa kata hujung minggu, suami pula yang memasak untuk isteri dan keluarga. Pasti isteri akan tersenyum sampai petang.


Mawar merah

Kalau tak pernah bagi bunga, atau hanya bagi pada hari-hari tertentu, apakata, hadiah sekuntum bunga mawar merah pada isteri, (sejambak lagi bagus) selitkan sekali kad kecil dengan kata-kata indah dan romantik. Tengok apa reaksi isteri. Pastinya akan rasa seronok dan dihargai.


Kerja rumah

Bukan suami saja yang penat bekerja. Isteri juga penat. Apatah lagi yang suri rumah dengan kerja yang tak pernah habis. Jadi apakata, suami rajin-rajinkan diri tolong buat kerja rumah. Paling sempoi, cuci pinggan mangkuk di dapur, lipat baju ke. Buktikan anda juga sehebat isteri yang mampu menjaga rumah dengan baik.


Sebenarnya banyak lagi. Tapi cukuplah untuk kali ini, mana yang boleh diamalkan, amalkanlah. Sekadar cuba untuk berkongsi apa yang pernah dilihat disekeliling . Semoga kita beroleh manfaatnya.. InsyaAllah..


Lelaki yang baik adalah yang mampu menjadi imam untuk isteri dan keluarganya..

10 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):

Teenager Housemaid said...

betul2..
solat jemaah tu penting..:D
and memang susah nak cari lelaki yg boleh jadi imam kepada isteri...:)
nice entry..:D

Telor Power said...

solat berjemaah tu dan kerja rumah tu betul, aku sokong.

Yatie Awang said...

Alhamdulillah...semuanya..tapi yang bak bagi bunga tu...rasanya kalau yang tak pernah buat macam tu, nanti dikatakan buang tabiat pulak hhahaa

Munnafendy said...

suka smua tips tu! insyaAllah... =)

Lea Isnawi said...

tak sabar nak solat berjemaah dgn suami

ermmm

hihi

Ujie said...

sume betul..tapi yg roses tu akak tak berapa suka dapat.

solat tu paling tepat, dari awal kawin mesti buat. ia jadi ikatan hati antara ahli keluarga.

Zahirah Dzulkifli said...

Setuju! Tapi bukan setakat senyum sampai ke petang je kak. Senyum seharian nampaknya. Haha

cinta siswi said...

wooo.. sweet.. siswi nk solat jemaah dgn future hubby.. ^^

Aishah Jahirah said...

yang penting sama2 mesti bertoleransi....banyak aktiviti bersama yg boleh dilakukan....solat mmg yg utama...:)

biela bell said...

betul tu..buat together2..baru akrab dan makin mesra..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...