.
Cinta itu sepertinya apa?
Satu persoalan yang sukar..
Siapa yang mampu menafsir maknanya cinta..
Kerana hadirnya terkadang satu rahsia,
Wujud semulajadi dihati,
Satu fitrah alam,
Yang menjadi dambaan setiap insani.
Cinta punya segala rasa,
Menjadi kudapan bicara uda dan dara..
Yang dihatinya penuh dengan gelak dan tawa bahagia,
Menghiasi hari yang riang,
Menyemai rasa kasih,
Membajai benih sayang,
Agar tumbuhnya mekar, subur bersama restu- Nya
gambar- google~
Apa ukurannya cinta sempurna,
Tiada!
Tiada pernah tercipta,
Mana mungkin bisa diukur janji setia,
Mana mungkin dapat dihitung kasih terhimpun,
Mana mungkin..
Rasakan saljunya cinta itu,
Kerana dengan bicara,
Cinta tiada bermakna,
Cinta hanya dapat dinilai dan dirasa,
Saat hatinya telah disapa,
Oleh satu rasa…








11 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):
ada apa dengan cinta....
oooh...jiwang nyer...hehe
cinta boleh buat ku jadi gila
cinta juga membuat ku tak tentu arah
cinta juga membutakan hati ku
cinta menjarakkan aku bersama kawan2
tapi tidak cinta pada yg ESA
cinta itu mcm angin.. xnmpk tp blh rase..hehe
nice..:)
tapi, cinta itu sukar untuk dimengertikan kan?
:)
entah, saya tak expert perkara sebegini..huhu
lia jiwang..hihi..
cinta sempurna?
bila cinta memenuhi kehidupan..semua tampak sempurna!
cinta dtg dan pergi, xpernah ku gapai. huhu
jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/jahil-dunia-jahil-agama.html
apa itu cinta sebenarnya? hanya mereka yg merasainya sahaja tahu apa itu cinta
aduhaiii
begitu indah cinta bila diulas
oleh orang ini
heeee ;))
teringat pulak lagu ct, salju kasihNya. ;)
Post a Comment