Rasanya bila sebut pasal Kuch-Kuch Hota Hai, semua boleh mengingati dengan jelas perjalanan ceritanya dari mula sampai habis. Mereka yang tak minat Hindustan pun kadang boleh terpengaruh untuk tonton tayangan cerita ini. Termasuklah aku sendiri. Hehe.. Menonton untuk kesekian kalinya pada hari ini..
gambar-google
Tak payahlah nak cerita sinopsisnya, sebab semua pun dah tau bagaimana ia bermula dan berakhir. Apa yang cuba aku nak sampaikan kat sini ada beberapa perkara iaitu :-
-Persahabatan dan cinta
Ikatan persahabatan tidak mustahil mampu bertukar untuk menjadi cinta.. Jadi jangan hairan mengapa sahabat baik kamu boleh jatuh cinta pada kamu..
-Cinta pertama
Kenangan terhadap cinta pada kali pertama akan kekal selamanya. Ada jenis individu yang tak bisa melupakan cinta pertamanya walaupun ia telah lama berlalu.. Sangat bahaya apabila cinta ini berputik kembali tatkala pasangan cintanya telah pun ada seseorang yang lain, walaupun telah bertunang dan berkahwin. Ia terjadi didunia nyata.
-Berkorban kerana cinta
Kadangkala kita tidak dapat mengelak dari mengalami kesukaran dalam cinta. Tatkala ini ia sangat menuntut kesabaran dan pengorbanan. Pengobanan yang ikhlas dan suci, kelak akan terbalas dalam pelbagai cara.
Maka, cekalkan hati bila diuji dan teruji..
Eececeh.. pandainya aku berkata-kata.. Padahal, hati tisu.. hehe.








14 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):
wah, peminat bollywood ya :)
salam ukhuwwahj jemput menimba ilmu di blog WADi,
Hadith Maudhu' 02: Tuntut Ilmu Dari Buaian Hingga Ke Liang Lahad
cinta pertama tu macam ngeri ja... hohoho
baru jer tgk tadi...waaaa.rindulah tgk kuch kuch hota hai! heeee
assalamualaikum,
membalas kunjungan..jangan cakap begitu, tak kerdil pun..
sekadar berkongsi, menjemput ke forum di blog jika berminat untuk berdiskusi ilmiah, insyaAllah
layan jugak tadi....
kak lia baru layan ye cerita ni tadi..... ieka pun layan jugak
amy pun layan td...hehehe
Kuch Kuch Hota Hai yang buat ramai orang layan citer hindustan.tengok citer hindustan ni best boleh buat kita khayal jer dgn pemandangan bukit bukau n bunga2..cantik!!! leh berangan sekejap..!!!ahaks
p/s: salam kenal n follow awak!!
lama xtgk cite tuh.. sedih dah gembira.. all in 1.. friendship n love.. :)
hehe..akak mmg tak minat. td ada bukak jap, terus matikan.
dulu2 penah gak layan citer ptg sabtu ni..kdg2 best gak.
xpernah tgk filem hindustan. tp dlm cjter ni minat sgt lagu dia,
melodi dia sgt seronok. tp yg lain2 mmg tk minat
siyes..tengok cter nie mmg meleleh la air mata..hahaha..
lagu2 dia pun best2 sumenye..mmg best la cter nie..
CINTA PERTAMA TAK PERNAH DILUPA, BIARPUN IANYA TELAH LAMA DITINGGALKAN
NAMUN CINTA YANG SETERUSNYA PASTI ADA KEHEBATANNYA YANG TERSENDIRI
kadangkala prinsip akan kalah dengan perasaan....
ahaa mengadap jugak kuch2 hota hai dgn mak, akak, ayah n anak buah..kelasss
Post a Comment