.
Aku berbicara,
Atas dasar rasa dan jiwa,
Juga dari lensa mata tanpa kaca,
Moga ia menjadi panduan buat diriku jua,
Satu hari nanti,
Dengan izin-Nya…
Jika kamu seorang isteri,
Hiasilah dirimu,
Walau bukan dengan merah bergincu,
Walau bukan dengan tebalnya bedak berdebu,
Tapi memadai dengan kemas dan bersihnya dirimu..
Juga segaris senyuman penghias wajahmu..
gambar-google~
Jika kamu seorang isteri,
Kikislah sedikit rasa cemburumu,
Sentiasa berdoa usah jemu,
Semoga dia sentiasa dekat dihati dan jiwamu
Jika kamu seorang isteri,
Jangan pernah kamu terdetik dihati,
Menyesalnya menerima ikatan berwali,
Walaupun bahteramu diuji dan teruji.
Anggaplah ia sebagai penguat tali dua hati
Malah panjatkanlah rasa syukur pada Ilahi,
Kerna jodohmu ada di dunia ini.
Jika kamu seorang isteri,
Belajarlah adab dan santun menjadi bidadari,
Terima dirinya, kekurangannya seikhlas hati,
Usah sesekali kasar dan melukai hati,
Kerana pintu syurgamu adalah dia sebagai kunci.
Dia..
Suamimu..
Penjagamu,
Pelindungmu..
Bahagiakan dirinya dan kamu akan menikmati bahagia..
Dengan izin-Nya








15 Peluah Bicara - LeaVe your Comment Here.. =):
In Sha Allah..peringatan utk diri ini suatu hari kelak alaila bergelar isteri :)
saya bakal suami tau...jgn slh anggap lak...heheeh
InsyaAllah nad buat semua untuk My Future Husband...:)
moga bakal isteri gini.insya-ALLAH. adakah ni penangan citer Jujur Aku Dayus semalam???hehehe
@biela bell~
InsyaAllah..
Tq dearr..
@Budak Kachak~
eh.. eh..
hehhe..
kamu tetap kachak..
jgn risau..
hehe..
@Nad~
Hopefully..
sama2 wish for that..
:)
@Arelan~
hehe..
x tengok pun citer tu..
:)
suka part suh kikis rasa cembura tu...
sgt bermakna rasanya.kerana cemburu lah punca segala2nya.
dan berdoalah utk kebahagian.
tetiba rasa takleh nk tido mlm ni sbb lia ckp sy ttp kacak....tq...amin...hehehe
hee.. nk jdk cantik utk suami je.. :)
cantik lah post yang dikongsi ni... :)
bait kata yg menarik!
sungguh..memberi org lain bahagia, kita pasti terima rasa bahagia juga.
Kena rendahkan pandangan sebagai seorang isteri. Bukan tu je, kena buatlah semua tanggungjawab, hormati suami apa semua
Insyaallah...untuk future hubby nanti....:)
nice one..:)
panduan untuk saya yg sudah bergelar isteri :)
Insha Allah. suami juge perlu buat yang same. ;)
Post a Comment